Friday, June 17, 2011

Grapevine Dan Buffered Earning



Rasanya dah lama tak berkongsi cerita tentang BE. Malas nak cerita sebenarnya, namun hari ini saya ingin berkongsi cerita kerana saya memperolehi BE Grapevine. Selalunya BE saja. BE ini dari P1 4G Broadband. Terima kasih P1.


Bagi sesiapa yang belum menjana pendapatan dari Grapevine, bolehlah copy link tersebut jika ianya muncul diblog ini. Caranya:-
1) Copy link dengan mengklik share.
2) Lepas tu masukkan email dan klik go
Sebaik-baiknya anda mestilah mempunyai akaun Churpchurp.
P/S - ada yang kata, jangan copy link grapevine dari blog sendiri. Copy dari blog lain. Saya baru hantar email untuk bertanya hal ini.

Tuesday, May 24, 2011

5 Buffered Earning Nuffnang



Blog mediakini baru sahaja mendapat 1 Buffered Earning baru, iaitu Digi WWWOW Awards (video). Ini menjadikan 5 Buffered Earning sedang melekat di blog ini. Terima kasih saya ucapkan kepada digi kerana sudi meletakkan iklan di blog ini. Ini bermakna, blog mediakini berjaya mendapat 12 iklan CPM untuk tahun 2011.

Saturday, May 21, 2011

Buffered Earning Ke-11

Tadi log in akaun Nuffnang. Rupanya ada BE baru, BE ke-11 Tahun 2011 untuk blog Mediakini. Terima kasih kepada Celcom Kolony Phase 2 kerana sudi mengiklankan diri di blog Mediakini.

Ramai yang tanya tentang tips. Terus terang, tiada tips. Ada yang kata, trafik memainkan peranan yang penting, jawapan saya tidak, blog ini hanya mempunyai purata trafik di bawah 50 UV sehari. Ada yang kata, kena selalu update blog, jawapan saya tidak, blog ini jarang diupdate.Yang pasti, 99 peratus pengunjung blog ini dari enjin carian Google. Mungkin juga, usia blog memainkan peranan.
------------------------------------------------------

Monday, May 16, 2011

Hemoglobin C

Penyakit hemoglobin C adalah satu gangguan darah yang disebabkna oleh perwarisan. Ia seperti anemia, yang menyebabkan sel-sel darah merah musah lebih awal berbanding kebiasaannya.
Hemoglobin C adalah satu masalah berkaitan hemoglobin iaitu bahagian sel-sel darah merah yang membawa oksigen. Ia adalah sejenis hemoglobinopati. Penyakit ini disebabkan oleh satu gen yang dipanggil beta globin. Penyakit paling kerap berlaku di Afrika dan Amerika. Jika dalam keluarga ada sejarah menghidap hemoglobin c maka generasi keluarga tersebut berisiko untuk mendapat hemoglobin c.
Kebanyakan orang tidak mempunyai gejala-gejala atau tanda-tanda menghidap hemoglobin c. Sekali sekala, demam kuning mungkin berlaku. Beberapa orang yang menghidap penyakit ini mungkin akan mendapat batu karang yang memerlukan rawatan.
Untuk diagnosis, beberapa ujian boleh dilakukan iaitu Complete blood count, hemoglobin elektroforesis, peripheral smear dan serum hemoglobin.
Rawatan yang digunakan ialah, penambahan asid folik kerana ia mampu menormalkan penghasilan sel darah merah dan memperbaiki gejala anaemia.
Komplikasi yang mungkin akan di hadapi ialah masalah penglihatan, penyakit pundi hempedu dan sakit punggung.

Saturday, May 14, 2011

3 Buffered Earning Dan 7 Metered Earning

Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada pengiklan yang sudi meletakkan iklan CPM di blog mediakini, di tahun 2011 ini. 3 Buffered Earning dari Celcom SOX Drum and Dance, ESPN dan UIP Kung Fu Panda 2. Manakala 7 CPM yang telah bertukar kepada Metered Earning ialah dari AirAsiaX Christchurch,Maxis Nokia E7, Sunkist Dash, AMP Mx FM Breakfast Show, NEF Drive Angry, Maxis Hotlink Internet Prepaid dan Maxis Om Nom Nom Roadtrip.



Nak tips memperolehi CPM? Susah nak beri tips, kerana saya sendiri sukar untuk memahami. Namun berdasarkan keadaan blog ini, pengiklan tidak mementingkan traffik. Pendek cerita,sehebat mana pun blog kita, pengiklan yang menentukan, layak atau tidak dipilih sebagai pengiklan CPM mereka.
--------------------------------------------------------

Tuesday, May 3, 2011

Blogwalking Lebih Mudah Dengan.......

Nampaknya mediakini terlalu lama tidak diupdate. Ok, hari ini saya akan update. Tapi bukan nak post tentang kesihatan,sebaliknya saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu widget untuk blogwalking iaitu "Yiedpozi Blogwalking Widget".

Widget ini dicipta oleh Dauspozi dan dijenamakan oleh Yiedpozi. Widget ini dah lama muncul, tapi baru sekarang saya teringin menggunakan.Kenapa saya join? kerana Saya ingin mencuba widget yang dihasilkan oleh remaja malaysia.Anda ingin mencuba? Rujuk kat Yiedpozi Blogwalking Widget.
-----------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, February 23, 2011

Kelebihan Yogurt

NANG INNIT
Ia mudah dicerna berbanding dengan susu dan kadar laktosa pada yogurt lebih sedikit daripada susu.

Yogurt membantu menyihatkan usus besar kerana mengandungi bakteria baik yang melindungi usus besar, kalsium, mineral dan mengurangkan risiko kanser usus besar.

Yogurt dapat meningkatkan sistem imunisasi dan menyembuhkan infeksi pencernaan.

Yogurt adalah sumber protein dan yogurt tawar membantu menambahkan 20% dari protein yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.