Monday, February 16, 2009

AIDS: CIPTAAN ATAU SEMULA JADI

AIDS seperti yang kita ketahui merupakan penyakit yang digeruni di dunia. Sejak ditemui pada tahun 1981, ia telah meragut nyawa 25 juta manusia. Walaupun dikatakan beberapa kemajuan telah dicapai untuk menentang penyakit maut ini, namun ia kurang berkesan. Pada tahun 2007 sahaja, ia meragut 2.1 juta manusia seluruh dunia.

Sebenarnya, AIDS bukan penyakit. Ia satu keadaan dimana virus HIV menyerang sistem pertahanan badan (sel darah putih) manusia sehingga lumpuh dan ini menyebabkan badan manusia tersebut tidak lagi mampu lagi melawan penyakit-penyakit ringan seperti selesema dan sakit perut.

Tapi tahukah anda, ada sumber yang mengatakan AIDS adalah buatan manusia, bukannya semula jadi. Kononnya Virus ini dicipta sebagai mengimbangi populasi manusia dan senjata biologi. Jakob siegel , professor biologi di Universiti Humboldt, German mengatakan virus HIV dihasilkan sekitar tahun 1977 dan 1978 di makmal tentera Amerika Syarikat iaitu Fort Detrick, Maryland. Ianya menggabungkan dua jenis virus iaitu Visna dan HTLV.

Teori ini disokong oleh Dr.Allan Cantwell dalam bukunya “AIDS and the Doctor of death: An Inquiry into the Origin of the AIDS epidemic” dan “Queer Blood: The Secrets AIDS Genocide Plot”. Beliau mendakwa para saintis Amerika menghasilkan Virus HIV. Para saintis dikatakan melakukan kajian dan eksperimen keatas homoseksual dan bisexsual yang kononnya kajian hepatitis-B sekitar tahun 1971 hingga 1978.
Benarkah semua ini? Mungkin juga. Tetapi terpulanglah kepada pembaca.

3 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

maklumat yang sangat penting.

Norfadli said...

semuanya dengan izin Allah s.w.t.

Zyash said...

Tapi'n...mencegah lebih baik daripada mengubati....betul x??