Showing posts with label Info Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Info Kecantikan. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

Serum Vitamin C

Serum vitamin C adalah yang paling banyak dan paling biasa digunakan. Pun begitu, kandungan serum vitamin C adalah berbeza (perbezaannya dianggarkan antara 5% hingga 20%). Untuk mengatasi masalah penuaan, lazimnya pakar kecantikan dan ahli farmasi akan menyarankan penggunaan serum yang rendah kandungan vitamin C. Bagaimanapun, untuk tujuan perubatan kandungan vitamin C yang tinggi boleh digunakan.

Selain mempunyai fungsi anti oksidan, serum vitamin C juga bertindak sebagai perangsang pembentukan kolagen kulit, penyimpan air dan merawat luka. Pemakaiannya juga membantu mengatasi masalah kulit kering agar lembap sentiasa.

Terdapat 2 jenis serum vitamin C iaitu asid L-ascorbic (larut dalam air) dan ascorbil palmitat (larut dalam minyak).

Kelemahan serum vitamin C adalah sifatnya yang mudah berubah mengikut suhu bilik. Biasanya, selepas 2 hingga 3 kali pemakaiannya, kandungannya sudah berubah dan kemungkinan kurang efektif lagi terhadap kulit. Disebabkan itu, serum vitamin C didatangkan dalam botol kecil berwarna perang agar ia tidak mudah teroksida.

Serum Vitamin E

Vitamin E bersifat larut dalam lemak dan banyak dijumpai dalam gandum, bijirin, telur kuning dan hati lembu. Secara amnya, vitamin E bermanfaat dalam melembapkan kulit, menghalang radikal bebas dan bertindak sebagai anti oksidan. Oleh itu, pemakaian serum yang disapukan pada seluruh permukaan kulit wajah, tangan dan leher adalah disarankan setiap hari.

Serum vitamin E juga baik untuk tujuan perawatan rambut. Dalam bentuk serum, kandungan vitamin E tidak hanya melindungi batang rambut, tetapi juga mampu menembusi lapisan dermis kulit. Ia berbeza dengan syampu yang hanya menembusi kulit kepala dan batang rambut

Saturday, September 11, 2010

Apa itu Selulit?

Selulit terjadi ekoran banyaknya timbunan lemak, sisa-sisa pembuangan dan racun di bawah kulit. Timbunan akan menyekat saluran yang berperanan untuk membuang racun tidak dapat bekerja dengan baik. Akibatnya, timbullah pembengkakan pada kulit. Permukaan kulit Nampak bergelombang seperti kulit limau. Bila kulit yang terkena selulit adalah luas ia member kesan negatif pada kulit.

Penyebab utama faktor timbulnya selulit ini adalah hormon yang menyebabkan timbunan cairan dalam jaringan kulit dan menurunkan proses pembakaran lemak. Faktor-faktor lainnya turut dipengaruhi oleh bentuk. Bagi wanita, jaringan di bahagian bawah perut dan pinggul adalah sangat longgar. Lemak mudah masuk ke jaringan ini. Maka tidak hairanlah bila selulit mudah terjadi pada bahagian perut, paha, pinggang, punggung atau lengan atas.

Di pasaran hari ini, terdapat pelbagai jenis produk krim anti selulit. Pemakaiannya adalah dengan cara menyapukan krim tersebut pada bahagian yang bermasalah dengan sapuan secara memutar. Urut perlahan-lahan di tempat yang terdapat selulit itu. Urutan ini dikatakan boleh memperbaiki pembuluh darah yang terhalang dan meningkatkan penyerapan zat yang terdapat dalam krim tersebut.

Namun, krim tersebut hanya menyentuh daerah permukaan kulit sahaja dan bukan lemak yang berada di bawahnya. Lantaran itu, sebaik-baiknya kamu kombinasikan olahraga dan diet untuk memperolehi hasil yang lebih optimum.

Tuesday, September 7, 2010

Nutrien Untuk Rambut

Jangan risau, selain perawatan luaran, perlu kamu ketahui ialah pemakanan juga penting untuk rambut. Vitamin dan pelbagai manfaat yang terkandung di dalam makanan mampu membuatkan rambut kamu kembali cantik, berkilau, segar dan bermaya:-

Zat Besi
amat penting untuk membekalkan oksigen yang secukupnya pada rambut. Kekurangan zat besi akan membuatkan rambut dan akar rambut kekurangan oksigen. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah daging merah, sayuran berdaun gelap.

Zink
Amat diperlukan untuk mencegah rambut gugur dan menghasilkan protein untuk rambut. Antara makanan yang kaya zink adalah daging dan makanan laut.

Tembaga
Rambut juga memerlukan tembaga untuk proses pigmentasi rambut, sehinggakan rambut kamu kelihatan lebih cantik dalam warna yang semula jadi. Makanan yang kaya tembaga adalah kerang, hati, sayur-sayuran segar, kacang dan daging.

Vitamin A
Yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak merah membantu memulihkan masalah rambut gugur.

Vitamin B dan Vitamin C
Amat diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah agar rambut kamu menjadi lebih kuat. Vitamin C pula merupakan antioksida yang membantu untuk meremajakan dan merawat sel-sel yang rosak. Antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin C adalah lemon, limau dan strawberi.

Vitamin E
Merupakan antioksida yang berkemampuan untuk menghasilkan kulit yang sihat dan mengaktifkan pertumbuhan rambut. Makanan yang kaya vitamin E adalah minyak kacang dan hati.

Monday, September 6, 2010

Jangan Makan Sembarangan Jika Memakai Pendakap Gigi

Jika kamu ingin memiliki gigi yang cantik dan bersih. Kamu perlu menitik beratkan soal pemilihan makanan. Malah sekiranya kamu sedang merawat gigi dengan pemakaian pendakap gigi kamu perlu cerewet soal pemilihan makanan. Sebaiknya kamu perlu hindari:-

1) Makanan Keras
Pemakaian pendakap gigi akan menyebabkan kedudukan gigi kamu berubah-ubah dan goyah. Jadi, kamu perlu mengelak dari menikmati makanan yang keras dan sukar untuk digigit. Namun ia bukan bermaksud kamu hanya perlu menikmati bubur sahaja sepanjang pemakaian pendakap gigi itu. Jika kamu ingin menikmati sebiji epal misalnya. Jangan terus menggigit buah epal tersebut, sebaliknya kamu perlu memotong buah tersebut kepada beberapa bahagian bagi memudahkan proses gigitan dan kunyahan kamu nanti. Jangan paksa gigi kamu berkerja keras demi menjaga kesihatannya.

2) Makanan yang meninggalkan kesan
Jika kamu memakai pendakap gigi kekal yang besinya berwarna putih atau lut sinar kamu perlu lebih berhati-hati dalam soal pemilihan makanan. Jangan mengambil makanan yang boleh meninggalkan kesan pada gigi. Bukan sekadar gigi yang boleh bertukar warna, ia juga akan mempengaruhi warna pendakap gigi kamu sendiri. Jadi untuk memiliki gigi serta mulut yang bersih di sepanjang pemakaian pendakap gigi. Kamu perlu cerewet dalam soal pemilihan makanan.

3) Makanan Manis
Jangan mengambil makanan manis seperti caramel sewaktu pemakaian pendakap gigi dari jenis kekal. Makanan manis biasanya bersifat melekit dan sukar untuk dibersihkan lebih-lebih lagi jika sisa-sisa makanan itu terselit di celah-celah pendakap gigi kamu. Sekiranya sisa makanan tidak dibersihkan sepenuhnya, ia boleh menyebabkan masalah gigi berlubang.

Tuesday, June 22, 2010

Rahsia Gigi Sihat dan Cantik

Selain kulit wajah yang bersih dan mulus, gigi yang cantik, sihat dan tersusun adalah rahsia kejelitaan seseorang wanita. Ia bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan diri, bahkan membuatkan senyuman kamu tambah menarik. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menyedari akan hakikat ini, hingga sanggup mengabaikan kepentingan penjagaan gigi. Ingin mengetahui cara berkesan menjaga gigi dengan betul? Berikut disenaraikan panduan yang boleh anda cuba.

Sekali memberus dan floss sehari sudah mencukupi?

Anda sudah dilatih sejak dari kecil lagi untuk memberus, dan floss gigi setiap pagi, malam dan selepas makan. Namun, tahukah kamu bahawa, hanya dengan sekali memberus gigi juga boleh mengelakkan karang gigi terjadi. Umumnya, bakteria yang menyebabkan karang gigi terjadi memerlukan 24 jam untuk kembali aktif dan membiak.

Gula bukanlah satu-satunya masalah!

Gula yang terkandung di dalam minuman bersoda bukan satu-satunya penyebab masalah gigi. Sebaliknya banyak sumber-sumber lain yang boleh menyebabkan gigi kamu menjadi rosak, antaranya makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Justeru, untuk mengelakkan ianya terjadi, elakkan makan makanan yang bergula, dan amalkan pembersihan mulut setiap kali selepas makan.

Mulut juga perlukan “makeover”?

Ramai yang inginkan senyuman secantik selebriti Hollywood. Ada yang sanggup melakukan pembedahan plastic semata-mata inginkan senyuman yang menawan. Namun, hakikat sebenar yang perlu anda tahu, senyuman yang cantik bukan terletak pada bentuk bibir yang seksi, tetapi pada barisan gigi yang putih, tersusun dan bersih.

Gigi yang putih memerlukan kos yang tinggi?

Anda sanggup mengeluarkan kos yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan gigi yang putih. Hinggakan ada yang mula ketagih untuk melakukan proses bleaching berulang kali. Walau bagaimanapun, tabiat ini sebenarnya boleh mendatangkan masalah pada gigi, antaranya masalah pada gusi dan gigi akan menjadi lebih sensitif.