Serum vitamin C adalah yang paling banyak dan paling biasa digunakan. Pun begitu, kandungan serum vitamin C adalah berbeza (perbezaannya dianggarkan antara 5% hingga 20%). Untuk mengatasi masalah penuaan, lazimnya pakar kecantikan dan ahli farmasi akan menyarankan penggunaan serum yang rendah kandungan vitamin C. Bagaimanapun, untuk tujuan perubatan kandungan vitamin C yang tinggi boleh digunakan.
Selain mempunyai fungsi anti oksidan, serum vitamin C juga bertindak sebagai perangsang pembentukan kolagen kulit, penyimpan air dan merawat luka. Pemakaiannya juga membantu mengatasi masalah kulit kering agar lembap sentiasa.
Terdapat 2 jenis serum vitamin C iaitu asid L-ascorbic (larut dalam air) dan ascorbil palmitat (larut dalam minyak).
Kelemahan serum vitamin C adalah sifatnya yang mudah berubah mengikut suhu bilik. Biasanya, selepas 2 hingga 3 kali pemakaiannya, kandungannya sudah berubah dan kemungkinan kurang efektif lagi terhadap kulit. Disebabkan itu, serum vitamin C didatangkan dalam botol kecil berwarna perang agar ia tidak mudah teroksida.
No comments:
Post a Comment