Showing posts with label Pemakanan Sihat. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan Sihat. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Khasiat Ikan


Anda wajar memilih makanan yang berkhasiat. Tambahkan ikan dalam menu dua kali dalam seminggu. Kepelbagaian menu ikan misalnya salmon dan tuna yang diakui kaya dengan khasiat asid lemak Omega 3 adalah nutrisi yang terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung dan Alzheimer. Bahkan asid ini juga membantu mengurangkan tekanan,arthritis dan juga asma.

Thursday, November 4, 2010

Awasi Pengambilan BBQ


Kalau wanita teringin menikmati barbeku, lelaki pasti menawarkan diri untuk melakukan kerja tersebut. Kononnya, tugasan itu lebih 'macho' kalau anda yang lakukan. Tetapi dalam pada sibuk mengipas-ngipas asap, kuantiti pengambilan daging barbeku yang anda ambil perlulah diambil kira. Pengambilan makanan barbeku yang keterlaluan boleh menyebabkan masalah tinggi kolesterol, kata pakar pemakanan Kim Barnouin. 4 auns ayam atau daging mengandungi sekurang-kurangnya100mg kandungan minyak yang berupaya menyumbat arteri sehingga membawa kepada masalah serangan jantung dan angin ahmar. Pilihan lebih baik, bakarlah burger sayur atau kebab tofu.

Thursday, October 14, 2010

Jika Susah Tidur Minumlah Susu


Anda mempunyai masalah gangguan tidur atau insomnia? Rasanya inilah masa yang terbaik untuk anda mengambil susu panas, kerang dan makanan berserat untuk mengatasinya. Menurut David Levitsky, professor makanan dari ‘Cornell University Ithaca’, New York, terdapat beberapa makanan yang baik untuk membantu mengatasi masalah tidur. Makanan yang mengandungi asid amino ‘tryotophan’ ayam dan susu akan diubah menjadi ‘serotonin’ di dalam tubuh yang kemudiannya diubah menjadi ‘melatonin’. Kedua-dua asid inilah yang akan membuatkan anda lebih relaks dan mudah mengantuk.

Wednesday, October 13, 2010

Jambu Batu Turunkan Kadar Kolesterol


Biarpun ada pendapat yang mengatakan bahawa memakan jambu batu boleh menyebabkan penyakit apendiks, namun jangan ada yang salah faham. Buah yang sering dijadikan pencuci mulut ini sebenarnya berkhasiat membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh. Ia juga mampu menurunkan kadar kolesterol sebanyak 18.8% dalam darah. Menarik bukan? Bagi memastikan khasiatnya berupaya bertindak balas kepada tubuh dengan lebih berkesan, amalkan pengambilan jambu batu setiap hari dalam jumlah yang mencukupi.

Tuesday, October 12, 2010

Kurangkan Pengambilan Daging Merah


Gemar memakan daging merah? Mungkin selepas membaca fakta ini akan membuatkan anda mengurangkan pengambilan daging merah. Walaupun daging merah kaya dengan protein tetapi ianya tidak boleh diambil secara berlebihan kerana pola makan tinggi protein boleh menyebabkan penurunan massa tulang. Bagi mendapatkan keperluan protein yang diperlukan oleh badan, tidak semestinya anda memakan daging merah sebaliknya anda boleh menggantikannya dengan 2 gelas yogurt rendah lemak, sebiji telur, keju rendah lemah tauhu atau susu skim.

Wednesday, October 6, 2010

Makan Limau Cegah Lapar


Jangan terkejut sekiranya ada fakta yang mengatakan makan limau akan membuatkan seseorang berasa kenyang. Memang benar, ini telah dibuktikan dalam 'Journal of The American College of Nutrition' yang menyatakan bahawa pektin iaitu sejenis serat yang terkandung di dalam lapisan putih limau dapat mencegah rasa lapar sehingga 4 jam. Limau yang mengandungi 69 kalori memiliki 4 gm serat iaitu 16 peratus dari keperluan serat sehari. Tidak percaya? Cubalah dulu.

Monday, September 27, 2010

Kenali 5 Jenis Kacang & Khasiatnya

Selain kacang tanah, ada beberapa jenis kacang lagi yang dikatakan baik untuk kesihatan tubuh. Antaranya adalah almond, walnut, pecan, macadamia, pistachio, pine nut, kacang soya dan kacang Brazil, yang rata-rata mengandungi lemak serta kaya kalsium dan zat besi. Selain itu, kekacang ini juga bagus untuk mencegah sembelit, membersihkan dan menguatkan gigi serta gusi.

Almond


Kacang almond memang popular. Bagi penggemar coklat kamu pasti akan menemui potongan almond sebagai penambah kelazatan di dalamya. Namun, tahukah kamu terdapat 2 jenis Almond yang sangat popular, iaitu almond manis dan almond pahit. Almond manis lazimnya digunakan dalam memasak dan memanggang, manakala almond pahit pula digunakan untuk menghasilkan ekstrak almond. Biasanya almond dikenali sebagai makanan untuk otak dan tulang. Lebih dari 65% lemak pada almond merupakan lemak tak jenuh tunggal, yang dapat menurunkan kadar “kolesterol jahat” (low density lipoprotein).

Pecan

Pecan sering ditaburkan di atas ais krim yang biasa disajikan di kafe-kafe. Pecan mengandungi 65-70% lemak sihat. Pecan termasuk dalam kelompok kekacang yang mengandungi lemak tertinggi dan kaya dengan protein. Pecan juga dipercayai mampu memperbaiki system saraf dan sangat berguna dalam memperbaiki sel-sel yang rosak dalam sesetengah kes penyakit jantung. Pecan kaya dengan kandungan vitamin E yang terikat dalam lemak sihat dan merupakan antioksida yang kuat.

Walnut

Orang cina menyebut walnut sebagai longevity fruit. Bukan semata-mata kerana pohonnya yang bertahan sehingga beratus tahun tetapi walnut juga adalah sejenis makanan yang mampu tahan lama. Ada 3 jenis walnut dan yang paling popular ialah “Persian Walnut” yang berwarna lebih gelap. Serta ‘Butter Nut’ yang juga dikenali sebagai ‘White Walnut.’ Walnut mengandungi 60% lemak dan 20 protien. Sebahagian besar kandungan lemaknya adalah lemak sihat. Di dalam walnut juga terkandung magnesium.

Pistachio


Sekembalinya seseorang dari Mekah, mereka sering menghadiahkan buah tangan kepada rakan-rakan dan saudara-mara dengan kacang pistachio. Pistachio memang banyak tumbuh di Timur Tengah dan Asia Barat. Pistachio panggang adalah makanan ringan yang sihat dan lazat. Pistachio kaya dengan zat besi. Makan 50 biji Pistachio bersamaan penyediaan lebih dari 10% keperluan serat dalam badan setiap sehari. Kacang ini juga adalah sumber yang unggul dari asid lemak tidak jenuh tunggal, jenis lemak ini berguna untuk menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL dan meningkatkan kadar kolesterol ‘baik’ HDL.

Macadamia

Kacang macadamia dikenali juga sebagai Queensland Nuts kerana banyak tumbuh di daerah Queensland, Australia. Nama ‘macadamia’ diambil bersempena menghormati jasa Dr.John Macadam, rakyat Australia yang Berjaya menemui kacang ini. Kacang ini kaya dengan kandungan lemak sihat (70%), tetapi rendah protein (8%). Selain itu macadamia juga kaya dengan kalsium, zat besi dan magnesium. Sebagai terapi semula jadi, individu yang gemar menikmati macadamia ternyata boleh membantu mengatasi masalah ketagihan alcohol, memulihkan gangguan hati, mengatasi anemia dan meningkatkan kesihatan secara umum dengan memperbaiki system kekebalan tubuh.

Sunday, September 12, 2010

Buah Buahan Segar Berkhasiat


Buah-buahan segar adalah sumber paling berkhasiat untuk tubuh badan kamu. Kandungan vitamin, mineral dan seratnya membuatkan sistem metabolisme berjalan lebih lancar. Organ tubuh juga akan turut berada dalam keadaan seimbang termasuk kulit. Agar kelihatan sentiasa sihat, kulit perlu dipelihara dengan pengambilan vitamin C dan E dalam jumlah yang mencukupi.Kedua-dua vitamin ini juga adalah antioksidan yang membuatkan kulit kita kelihatan cerah dan lembut. Lantaran itu tidak rugi jika kamu mengamalkan pemakanan buah-buahan segar dengan banyak setiap hari.

Khasiat Buah Organik


Syabas jika kamu telah terbiasa melengkapkan menu makanan harian kamu dengan menikmati buah-buahan. Selain mengandungi nutrisi penting, buah-buahan seperti limau, epal dan pir memiliki banyak serat yang baik untuk kesihatan badan kamu khususnya bagi melancarkan pencernaan. Apa kata sesekali kamu cuba menikmati buah-buahan organik pula. Harga buah organik memang lebih mahal berbanding buah biasa. Namun, kerana bebas bahan kimia dan sebagainya maka buah-buahan organik ini nyata lebih berkhasiat. Beberapa penelitian juga membuktikan bahawa buah organik mengandungi kandungan nutrisi lebih tinggi berbanding buah biasa. Malah rasanya juga lebih segar dan crunchy.

Friday, September 3, 2010

Makanan Sihat Dari Rumah

Makanan yang disediakan dari rumah nyata lebih sihat. Dalam 1 kajian yang terkandung dalam Western Jornal of Nursing Research, Wanita yang gemar makan di luar cenderung untuk mengambil jumlah kalori dan minyak yang lebih banyak ke dalam tubuh. Meskipun kamu sedang berdiet, namun kamu tetap memilih untuk makan di luar maka kamu menambah sejumlah 200 hingga 300 tambahan kalori dan 10 hingga 6 gram lemak di dalam badan.

Tuesday, August 31, 2010

Rutin Pagi Untuk Kesihatan

Mulakan hari kamu dengan segelas air suam bersama sehiris lemon berbanding secawan kopi atau teh. Ini membantu mencuci hati yang pada ketika itu fungsinya sangat aktif. Selain itu, ia merangsang system pencernaan dan menjadikan kamu lebih bertenaga. Lemon juga berfungsi membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin.

Monday, August 30, 2010

Zat Pengaruhi Mood


Vitamin B6, Vitamin C, Asid Folik (Folate) dan Zink adalah zat-zat dalam makanan yang bagus untuk meningkatkan mood. Otak manusia memerlukan serotonin untuk memiliki mood positif, selera makan yang baik dan tidur yang nyenyak. Serotonin adalah kandungan kimia dalam otak atau lebih dikenali sebagai ‘neurotransmeter.’ Zat-zat seperti Vitamin B6, Vitamin C, Asid Folik (Folate) dan Zink boleh membuat serotonin dari protein (tryptophan) yang boleh didapati pada daging, ikan dan kekacang. Jadi, untuk sentiasa memiliki mood yang positif, jangan lupa untuk menyeimbangkan pengambilan kadar zat yang diperlukan oleh tubuh.

Sunday, August 8, 2010

Smoothies buah-buahan



Minuman ini sangat popular dengan keenakan dan manfaatnya yang tinggi. Bayangkan, segelas smoothies buah-buahan boleh membekalkan tenaga dan serat buah-buahan yang tinggi. Sumber tenaga dan protein ini berasal dari rasa manis, susu dan Yogurt. Untuk mengawal jumlah kalori yang terkandung di dalam segelas smoothies, pastikan kandungan gulanya tidak terlalu tinggi.

Thursday, August 5, 2010

3 Cawan Teh Sehari Sudah Cukup

Seperti juga kopi, teh turut mengandungi kafein, namun kandungannya tidaklah setinggi kafein yang terkandung di dalam kopi. Untuk membekalkan tenaga, 3 cawan teh dalam sehari sudah cukup buat kamu. Sebaliknya jika diambil lebih dari 8 cawan sehari, ia dibimbangi akan menimbulkan kesan dehidrasi dan anemia akibat kekurangan zat besi. Sebagai pilihan, kamu boleh mencuba teh hijau kerana ia dikatakan mampu memberikan ketenangan dan merilekskan fikiran.

Monday, July 19, 2010

Kurangkan Pengambilan Garam

Menerusi kajian yang dimuatkan dalam British Medical Journal, mengurangkan pengambilan garam sebanyak 25% - 35% dapat merendahkan risiko penularan penyakit berkaitan kardiovaskular sehingga 25% dan mampu mengurangkan risiko kematian sehingga 20%. Anda dinasihatkan agar menyukat pengambilan garam sehingga tidak melebihi 1500mg dalam sehari. Untuk mengawal pengambilan garam, kamu perlu:
*selalu membaca label khasiat makanan pada pembungkus makanan. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak garam/sodium.
*Jika kamu makan di restoran, cuba elakkan menu yang masin atau menggunakan banyak garam.
*Ketika memasak pula, cuba menambah keenakan makanan dengan penggunaan rempah ratus serta meminimumkan penggunaan garam.
*Jangan meletakkan garam di atas meja makan.