Jika anda sering diserang batuk dan selesema, selain dari mengambil ubat dan vitamin C, anda juga boleh mengambil makanan berikut untuk membantu mengubati batuk dan selesema anda.
Sup AyamHidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.
Makanan PedasLada putih/hitam atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.
Bawang PutihDiakui boleh mengurangkan tanda-tanda selesema dan batuk. Tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahlah seulas dua bawang putih mentah.
AirPesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan segar. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.
Buah-buahan sitrusBuah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C keranan merokok meningkatkan serangan selesema dan batuk.
Sumber vitamin CSelain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selesema dan batuk.
HaliaAir rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selesema dan batuk.