Wednesday, February 23, 2011

Kelebihan Yogurt

NANG INNIT
Ia mudah dicerna berbanding dengan susu dan kadar laktosa pada yogurt lebih sedikit daripada susu.

Yogurt membantu menyihatkan usus besar kerana mengandungi bakteria baik yang melindungi usus besar, kalsium, mineral dan mengurangkan risiko kanser usus besar.

Yogurt dapat meningkatkan sistem imunisasi dan menyembuhkan infeksi pencernaan.

Yogurt adalah sumber protein dan yogurt tawar membantu menambahkan 20% dari protein yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.

Tuesday, February 22, 2011

Nak Kawal Lemak? Amalkan Tip Berikut

NANG INNIT
1) Berdietlah selagi boleh. Amalkan diet sihat yang mengandungi daging ayam atau ikan. Pastikan segala lemak dan kulit dibuang terlebih dahulu. Jika teringin makan daging merah, boleh juga. Tapi, buang lemaknya dan hidangkan dalam kuantiti yang sedikit, cukup sekadar merasa.

2) Memasak menggunakan minyak kelapa sawit membuatkan makanan lebih enak, tapi bahaya juga. Untuk mengelakkan sebarang kemudaratan berlaku, ada baiknya anda gantikan minyak kelapa sawit dengan minyak sayuran. Antara minyak sayuran yang boleh anda gunakan adalah seperti minyak jagung, kacang soya, zaitun dan bunga matahari. Jika anda mahu menumis dengan marjerin juga tidak menjadi masalah, gunalah jenis poli tak tepu.

3) Kurangkan pengambilan kuning telur. Seboleh-bolehnya hanya 3 biji seminggu.

4) Pelbagai cara masakan. Jangan hadkan dirimu dengan memasak sekadar menggoreng dan menumis. Apa kata anda kukus, bakar atau panggang pula.

5) Produk tenusu memang baik, tapi elakkan yang mengandungi lemak. Amalkan keju atau yogurt rendah lemak. Sama saja rasa enaknya.

Monday, February 21, 2011

Mencegah ketuat

NANG INNIT
Ingin tahu bagaimana terjadinya ketuat? ketuat adalah ketumbuhan kecil pada kulit disebabkan oleh virus jenis "human papiloma virus" dan "pox virus". Virus-virus ini merebak ke seluruh anggota badan serta kepada mereka yang ada kaitan dengan ketuat. Jadi, amalkan cara ini untuk mencegahnya daripada merebak.

Cara mencegah:-
1) Tidak berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain.
2) Jaga kebersihan diri dengan baik.
3) Basuh dan keringkan tangan dengan kerap.
4) Jangan berkaki ayam di sekitar kolam renang.