Showing posts with label info Diet. Show all posts
Showing posts with label info Diet. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

5 Kesalahan Diet & Cara Terbaik

1) Tidak bersarapan
Lambat datang ke tempat kerja membuat anda tidak sempat bersarapan. Tidak bersarapan setiap hari boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Akibatnya, apabila lapar anda akan makan apa yang anda suka dan makan makanan yang tidak sihat.
Cara terbaik: Sebelum anda keluar rumah, ambillah secawan kopi untuk mengalas perut atau bekalkan makanan seperti roti, buah atau yogurt untuk anda makan dalam perjalanan ke pejabat.

2) Makanan kegemaran
Anda tentu mempunyai makanan kegemaran dan mungkin makanan yang sering menjadi pilihan anda adalah makanan berlemak tinggi dan berkalori.
Cara terbaik: Tidak salah anda mempunyai makanan kegemaran tetapi anda boleh mengambil dalam jumlah yang sedikit dan memperbanyakkan salad atau sayuran dalam menu anda. Gantikan juga jenis makanan kepada makanan yang rendah lemak.

3) Makan di luar
Setiap kali anda makan di luar, tentu sekali anda ingin mencuba apa yang menarik. Di samping itu, kesibukan kerja membuatkan anda tidak sempat memasak. Jadi, jalan mudah adalah dengan memesan makanan di restoran atau kedai yang sudah menjadi rutin seharian anda.
Cara terbaik: Cuba cari menu yang menyediakan masakan yang rendah kalori dalam makanan. Pada awalnya, mungkin agak susah untuk lidah anda menerimanya tetapi lama-kelamaan ia sudah menjadi kebiasaan kepada anda.

4) Sering mengunyah
Sebelum makan malam bermula, tentu mulut anda ingin mengunyah makanan ringan. Tidak kiralah sama ada ketika membersihkan rumah, mencuci pakaian, menonton tv atau ketika membaca majalah.
Cara terbaik: Anda boleh buat peraturan baru dengan cara tidak mengunyah ketika menonton televisyen. Cuba letakkan dalam fikiran anda ini atau di dalam diari anda. Cara ini boleh membantu anda berfikir 2 kali sebelum anda mengunyah.

5) Berharap berat badan turun cepat

Anda terlalu mengharapkan agar berat badan anda turun dengan cepat ketika berdiet. 1kg atau 2kg dalam seminggu mungkin terlalu sedikit untuk anda. Jika tidak berjaya, ia akan membuatkan anda cepat putus asa dan menyerah kalah.
Cara terbaik: Tanamkan tekad 'pasti boleh'. Jika anda merasakan jumlah penurunan itu terlalu sedikit, cubalah untuk tidak langsung mengambil makanan yang berlemak atau kalori tinggi. Lihatlah hasilnya.

Thursday, August 26, 2010

5 Tips Untuk Langsing Tubuh

Memiliki tubuh yang langsing tentunya menjadi idaman sesiapa sahaja . Lebih-lebih lagi gadis remaja sepertimu. Namun tidak semua mampu memilikinya kerana ada banyak factor yang mempengaruhi pembentukan fizikal seseorang itu. Bagaimanapun kamu masih boleh mencuba tips di bawah untuk memiliki tubuh langsing idaman kamu:

1. Setiap hidangan perlu ada sumber protein, karbohidrat, lemak dan sejumlah serat. Untuk sarapan pagi kamu boleh mengambil sebiji epal bersama yogurt rendah lemak.

2. Jangan kira jumlah kalori yang masuk. Sebaiknya kurangkan saiz makanan yang kamu ambil. Elakkan memotong kemasukan kalori secara drastic kerana ia akan menurunkan kadar metabolism tubuh kamu.

3. Dengar sahaja perkataan diet, kamu pasti membayangkan pelbagai makanan yang lazat harus dielakkan daripada menu diet. Kamu tidak semestinya perlu menghindarinya. Sebaliknya, beri perhatian kepada kuantiti yang sedikit dan terkawal.

4. Pastikan kalori yang masuk itu adalah dari makanan dan bukannya dari minuman. Sebotol minuman soda mengandungi kira-kira 150 kalori. Gantikan dengan pengambilan air kosong secukupnya.

5. Diet kamu akan lebih efektif jika diikuti dengan senaman atau aktiviti riadah. sesuaikan aktiviti-akitiviti tersebut dengan diet. Fokuskan minda bahawa kamu mahu kelihatan bagaimana. Elakkan focus kepada berapa berat yang kamu ingin turunkan. Fikirkan berapa inci yang mahu kamu turunkan dan bukannya jumlah kilogram.

Tuesday, August 10, 2010

Diet Tanpa Berlapar

Tidak perlu mengurangkan pengambilan makanan, jika ingin kurus. Sebaliknya kamu hanya perlu memilih jenis buah-buahan yang boleh menggantikan keinginan kamu untuk merasa manisnya gula. Selain itu, tubuh akan memberi tindak balas positif terhadap gula natural yang terdapat di dalam buah. Antara buah-buahan yang sesuai untuk program diet ialah:

Nanas

Nanas mengandungi bromelain, enzim yang mampu mengurangkan protein. Nanas juga kerap digunakan untuk membuang toksin dalam tubuh dan menurunkan berat badan. Kandungan serat dalam nanas juga banyak, dan akan membuatkan kamu terasa kenyang.

Limau

Selama ini limau dikenali sebagai buah-buahan yang kaya vitamin C. Namun, tahukah kamu, limau juga mempunyai banyak keistimewaan lain seperti tidak mengandungi lemak, rendah kalori dan kaya serat.

Epal

6 gram serat yang terdapat dalam sebiji epal bersaiz sedang dapat membantu system pencernaan kamu. Epal tidak memiliki kandungan sodium atau lemak, tetapi kaya vitamin serta mineral . Sebiji epal akan membuatkan kamu kenyang dan membantu membakar kalori.

Peach

Selain rasanya yang enak, kalorinya juga rendah dan kaya dengan vitamin A dan C.

Friday, June 25, 2010

Bila Diet Dianggap Bahaya

Diet yang ketat akan membahayakan kesihatan. Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan cara bersenam secara teratur dan mengamalkan diet yang seimbang iaitu mengambil makanan yang sihat dan bernutrien tinggi. Selain itu, amalan atau tabiat hanya makan satu jenis makanan atau memaksa diri untuk turunkan berat dalam tempoh yang singkat juga boleh membahayakan diri. Risiko yang berkemungkinan akan timbul akibat diet yang seimbang adalah:-
1. Akan mangalami kekurangan nutrient akibat kekurangan menu yang seimbang.
2. Kurang aktiviti fizikal akibat diet akan meningkatkan risiko serangan jantung.
3. Kurangnya variasi makanan akan menimbulkan rasa bosan dan kecewa.
4. Selalunya diet seperti ini hanya akan bertahan dalam tempoh masa yang pendek kerana tubuh akan ‘menolak’ terus pola makan seperti ini.
5. Kemungkinan risiko gangguan kesihatan akan nampak di masa akan datang.