Friday, November 26, 2010

BlackBerry Bold 9780

BlackBerry Bold 9780
RRP RM1,888

Leave the dull to the masses. With BlackBerry Bold 9780's, you're one of a kind. Its rich features and stylish look will make fans of even non-believers.
More Info at CelcomBiz

Sunday, November 21, 2010

Huawei IDEOS

IDEOS adalah handphone Froyo Android 2.2 pertama. Berlainan dengan HTC Desire, ia tiada skrin besar dan CPU yang kuat. Kali ini Google berkerjasama dengan Huawei kerana pengalamannya padaa handphone entri, untuk menunjukkan kesesuaian 2.2 Froyo pada handphone entri.

IDEOS mempunyai luaran yang ringan dan comel, badannya direka mengikut ergonomic badan dan bersesuian dengan saiz tapak tangan. 4 warna disediakan iaitu biru, hitam, kuning dan ungu. IDEOS menyokong perbagai cara penyambung network, seperti HSDPA yang dapat mencapai 7.2 Mbps, WCDMA + Wi-Fi. IDEOS boleh dijadikan peralatan internet wayarles, ia menyokong fungsi hotspot Wi-Fi, dapat berkongsi broadband internet dengan sebanyak 5 peralatan Wi-Fi lain.

IDEOS dipasang dengan sistem operasi Android 2.2, bukan sahaja menawarkan kelajuan yang lebih tinggi dalam operasi dan penggunaan, malah juga menyokong pelbagai fungsi baru seperti pendailan suara, pelayaran suara, dan dapat menjalankan terus program aplikasi pada kad MicroSD melalui fungsi App2SD. Pengguna dapat download 70000 program aplikasi pada Android Market, termasuk komunikasi, hiburan, kerja, pengurusan kewangan dan lain-lain.

Motorola EX300

Motorola EX300 mempunyai skrin kawalan sentuh QVGA 2.8 inci dengan resolusi 240 x 320 piksel, ia menyokong pelbagai format fail audio dan video, membekalkan fungsi multimedia yang menyeluruh.

Selain mempunyai kamera 3.0MP yang menyokong penggambaran dan perakaman video, EX300 juga menyokong HSDPA 3.5G dan penggilan video, pengguna dapat berbual dengan ahli keluarga atau kawan dengan seolah-olah bersemuka dengan mereka.

EX300 menyokong pelbagai format mesej, dan juga menyokong kad MicroSD sehingga 8GB, dapat meningkatkan kecekapan pengguna dalam kerja. Selain GPS, EX300 juga dapat berfungsi sebagai sebuah modem, memanglah satu model handphone yang sangat berguna.

Thursday, November 18, 2010

Obesiti: Awasi Berat Badan Anda

Jangan terlalu selesa wahai kaum lelaki!Walaupun kebanyakan obesiti lebih tinggi di kalangan kaum wanita tetapi anda juga perlu mengambil tahu tentang faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya obesiti.

Obesiti?
Ia bermaksud jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang tidak terkawal. Ia menyerang tanpa mengira peringkat usia dan jika anda mengalami masalah obesiti, secara tidak langsung anda berdepan dengan penyakit yang berisiko tinggi seperti serangan jantung, diabetes, strok dan darah tinggi.

Punca Obesiti
1)Pemakanan - Makan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi.
2)Malas Bersenam - Kesibukan berkerja dan malas bersenam juga menjadi salah satu penyebab. Lebih ketara, jika anda berkerja di pejabat dan kurang melakukan aktiviti kecergasan.
3)Faktor Genetik - Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Jika ibu atau bapa anda seorang yang obesiti, tidak mustahil anak atau generasi akan datang mengalami masalah yang sama.
4)Mengambil Ubatan - Mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor juga boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Contohnya, steroid yang berlebihan boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi.

Implikasi
Akibat masalah berat badan yang berlebihan, ia boleh memberi kesan iaitu diabetes, sakit jantung, strok, darah tinggi dan sebagainya. malah, ia juga sering dikaitkan dengan kanser usus, gout, sakit sendi, masalah pernafasan dan masalah batu dalam hempedu.

Sunday, November 14, 2010

5 Kesalahan Diet & Cara Terbaik

1) Tidak bersarapan
Lambat datang ke tempat kerja membuat anda tidak sempat bersarapan. Tidak bersarapan setiap hari boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Akibatnya, apabila lapar anda akan makan apa yang anda suka dan makan makanan yang tidak sihat.
Cara terbaik: Sebelum anda keluar rumah, ambillah secawan kopi untuk mengalas perut atau bekalkan makanan seperti roti, buah atau yogurt untuk anda makan dalam perjalanan ke pejabat.

2) Makanan kegemaran
Anda tentu mempunyai makanan kegemaran dan mungkin makanan yang sering menjadi pilihan anda adalah makanan berlemak tinggi dan berkalori.
Cara terbaik: Tidak salah anda mempunyai makanan kegemaran tetapi anda boleh mengambil dalam jumlah yang sedikit dan memperbanyakkan salad atau sayuran dalam menu anda. Gantikan juga jenis makanan kepada makanan yang rendah lemak.

3) Makan di luar
Setiap kali anda makan di luar, tentu sekali anda ingin mencuba apa yang menarik. Di samping itu, kesibukan kerja membuatkan anda tidak sempat memasak. Jadi, jalan mudah adalah dengan memesan makanan di restoran atau kedai yang sudah menjadi rutin seharian anda.
Cara terbaik: Cuba cari menu yang menyediakan masakan yang rendah kalori dalam makanan. Pada awalnya, mungkin agak susah untuk lidah anda menerimanya tetapi lama-kelamaan ia sudah menjadi kebiasaan kepada anda.

4) Sering mengunyah
Sebelum makan malam bermula, tentu mulut anda ingin mengunyah makanan ringan. Tidak kiralah sama ada ketika membersihkan rumah, mencuci pakaian, menonton tv atau ketika membaca majalah.
Cara terbaik: Anda boleh buat peraturan baru dengan cara tidak mengunyah ketika menonton televisyen. Cuba letakkan dalam fikiran anda ini atau di dalam diari anda. Cara ini boleh membantu anda berfikir 2 kali sebelum anda mengunyah.

5) Berharap berat badan turun cepat

Anda terlalu mengharapkan agar berat badan anda turun dengan cepat ketika berdiet. 1kg atau 2kg dalam seminggu mungkin terlalu sedikit untuk anda. Jika tidak berjaya, ia akan membuatkan anda cepat putus asa dan menyerah kalah.
Cara terbaik: Tanamkan tekad 'pasti boleh'. Jika anda merasakan jumlah penurunan itu terlalu sedikit, cubalah untuk tidak langsung mengambil makanan yang berlemak atau kalori tinggi. Lihatlah hasilnya.

Friday, November 12, 2010

Samsung Xcover 271

Samsung melancarkan handphone baru siri Xcover perlindungan 3 ganda, Xcover 271, juga dikenali sebagai B2710. Membekalkan perlindungan peringkat IP67, dijangka akan mula dijual di Sweden, dengan harga 1700 kronor, lebih kurang RM779.

Xcover 271 berbentuk palang, diperbuat daripada bahan plastik yang tahan lasak. Ia mempunyai skrin 2 inci 240 x 320 piksel. Dengan fungsi perlindungan IP67, ia menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam aspek kalis air, kalis debu dan tahan kelanggaran, di mana ia dapat diletak dalam air 1m selama 30 minit. Ia menyokong jaringan GSM dan EDGE, dipasang bateri litium yang membekalkan masa bual 19 jam. Fungsi lain yang dibekalkan termasuk radio FM, Bluetooth, kamera 2.0MP, kad MicroSD dan lain-lain.

Tuesday, November 9, 2010

Khasiat Ikan


Anda wajar memilih makanan yang berkhasiat. Tambahkan ikan dalam menu dua kali dalam seminggu. Kepelbagaian menu ikan misalnya salmon dan tuna yang diakui kaya dengan khasiat asid lemak Omega 3 adalah nutrisi yang terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung dan Alzheimer. Bahkan asid ini juga membantu mengurangkan tekanan,arthritis dan juga asma.

Sunday, November 7, 2010

Samsung E2152: Hp Palang 2 Simcard 2 Standby

Samsung E2152 peringkat entri berbadan hitam adalah lebih sesuai untuk golongan remaja. E2152 berbentuk palang yang nipis, dengan saiz 111.6X46.3X13.5mm, berat 80.4g, memang senang dibawa ke mana-mana. Ia terdapat skrin `260000 warna 128X160 piksel 2 inci yang diperbuat bahan TFT.

Ia terbina dalam dengan kamera 0.3MP, menyokong pengambilan gambar sehingga 640X480 piksel dan perakaman video. E2152 mempunyai port earphone, menyokong fail audio berformat MP3, AMR, MIDI dan video berformat MPEG-4 dan H.263.

E2152 adalah hp 2 simcard 2 standby, menyokong GSM900/1800MHz dan GSM/GPRS. Ia menyokong kad MicroSD sehingga 2GB, radio FM, Bluetooth 2.1 dan fungsi-fungsi lain yang berguna.

Saturday, November 6, 2010

Masa Depan Jantung Anda


Latihan kardio yang dilakukan sebanyak 4 kali seminggu, dalam masa minimum 30 minit ketika anda masih muda adalah jaminan untuk mengelakkan serangan sakit jantung. Penelitian terhadap responden berusia 25-45 tahun yang dijalankan oleh Columbia University berjaya menemukan fakta bahawa setelah berolahraga selama 40 minit, sel pembuluh darah lebih tahan terhadap efek inflamasi yang terjadi kerana pencemaran dan infeksi kuman. Bahaya inflamasi menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit. Jadi, awas ya!

Friday, November 5, 2010

Bakar Kalori Dengan Berjalan


Berjalan kaki sememangnya aktiviti yang menyihatkan. Namun, tahukah anda tempat yang anda pilih untuk berjalan kaki menentukan banyaknya kalori yang terbakar? Jika anda berjalan:
1) Di permukaan pasir: 158 kalori
2) Di permukaan rumput: 67 kalori
3) Di atas balapan: 67 kalori
4) Di permukaan tanah yang basah: 102 kalori
5) Di dalam air setinggi dada: 50 kalori

Thursday, November 4, 2010

Awasi Pengambilan BBQ


Kalau wanita teringin menikmati barbeku, lelaki pasti menawarkan diri untuk melakukan kerja tersebut. Kononnya, tugasan itu lebih 'macho' kalau anda yang lakukan. Tetapi dalam pada sibuk mengipas-ngipas asap, kuantiti pengambilan daging barbeku yang anda ambil perlulah diambil kira. Pengambilan makanan barbeku yang keterlaluan boleh menyebabkan masalah tinggi kolesterol, kata pakar pemakanan Kim Barnouin. 4 auns ayam atau daging mengandungi sekurang-kurangnya100mg kandungan minyak yang berupaya menyumbat arteri sehingga membawa kepada masalah serangan jantung dan angin ahmar. Pilihan lebih baik, bakarlah burger sayur atau kebab tofu.

Tuesday, November 2, 2010

LG Town C300: Handphone Palang Keyboard Penuh Baru


LG Town C300 terdapat keyboard QWERTY seperti GW300, dengan saiz 116X61.9X11.9mm, berat 92.5g. Ia terdapat skrin besar 2.4 inci, kamera 2.0MP, menyokong Bluetooth 2.1, Micro USB 2.0, dan earphone 3.5mm. Ia adalah handphone 2G, menyokong jaringan EDGE, tetapi tidak menyokong wifi. Town C300 membekalkan masa standby 17 hari dan masa bual 12 jam.

Monday, November 1, 2010

MOTO EX115: Handphone Bisnes 2 SIMcard 2 Standby


Motorola memperkenalkan smartphone yang penuh dengan ciri-ciri bisnes, EX115. Seperti handphone Blackberry, model ini terdapat keyboard QWERTY dan kawalan sentuh, maka sangat memudahkan input teks. Selain kamera 3.0MP, fitur utama EX115 adalah fungsi 2 SIMcard 2 stanby. Ia menyokong 2 SIMcard GSM pada masa yang sama, menyokong earphone 3.5mm, MP3, Radio FM, Bluetooth dan lain-lain. Ia terdapat kamera 3.0MP, tetapi bateri yang digunakan hanya 930mAh, maka baterinya tidak tahan lama. Prestasi muziknya juga bagus.

Saturday, October 30, 2010

Pemenang Komen Dan Menang

Sepanjang bulan oktober, blog ini menganjurkan pertandingan komen dan menang. Hari ini diumumkan pemenang komen dan menang:-

1) Zyash - Rm15

2) Yiedpozi -Rm15

Sila email nama sebenar dan alamat yang tepat atau Akaun Bank untuk saya kirim hadiah ini. Email ke nald84@gmail.com

Tahniah....

Saturday, October 23, 2010

Chlamydia Bahaya Untuk Kandungan


Chlamydia yang dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks berlaku 4 kali ganda lebih kerap daripada penyakir gonorrhea. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyakit radangan pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Wanita mengandung juga berisiko untuk menyebarkan penyakit tersebut kepada bayi semasa bersalin serta menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi.

Thursday, October 21, 2010

Jauhkan Makanan Manis


Tahukah anda tubuh yang sedang dalam tekanan menghasilkan lebih hormone kortisol iaitu hormone yang menggalakkan minat anda terhadap manisan? Jadi awas, ketika anda dalam tekanan, sebaiknya lenyapkan biskut atau manisan dari pandangan anda dan stabilkan gula dalam darah dengan mengambil makanan yang mengandungi protein.

Thursday, October 14, 2010

Jika Susah Tidur Minumlah Susu


Anda mempunyai masalah gangguan tidur atau insomnia? Rasanya inilah masa yang terbaik untuk anda mengambil susu panas, kerang dan makanan berserat untuk mengatasinya. Menurut David Levitsky, professor makanan dari ‘Cornell University Ithaca’, New York, terdapat beberapa makanan yang baik untuk membantu mengatasi masalah tidur. Makanan yang mengandungi asid amino ‘tryotophan’ ayam dan susu akan diubah menjadi ‘serotonin’ di dalam tubuh yang kemudiannya diubah menjadi ‘melatonin’. Kedua-dua asid inilah yang akan membuatkan anda lebih relaks dan mudah mengantuk.

Wednesday, October 13, 2010

Jambu Batu Turunkan Kadar Kolesterol


Biarpun ada pendapat yang mengatakan bahawa memakan jambu batu boleh menyebabkan penyakit apendiks, namun jangan ada yang salah faham. Buah yang sering dijadikan pencuci mulut ini sebenarnya berkhasiat membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh. Ia juga mampu menurunkan kadar kolesterol sebanyak 18.8% dalam darah. Menarik bukan? Bagi memastikan khasiatnya berupaya bertindak balas kepada tubuh dengan lebih berkesan, amalkan pengambilan jambu batu setiap hari dalam jumlah yang mencukupi.

Tuesday, October 12, 2010

Kurangkan Pengambilan Daging Merah


Gemar memakan daging merah? Mungkin selepas membaca fakta ini akan membuatkan anda mengurangkan pengambilan daging merah. Walaupun daging merah kaya dengan protein tetapi ianya tidak boleh diambil secara berlebihan kerana pola makan tinggi protein boleh menyebabkan penurunan massa tulang. Bagi mendapatkan keperluan protein yang diperlukan oleh badan, tidak semestinya anda memakan daging merah sebaliknya anda boleh menggantikannya dengan 2 gelas yogurt rendah lemak, sebiji telur, keju rendah lemah tauhu atau susu skim.

Wednesday, October 6, 2010

Makan Limau Cegah Lapar


Jangan terkejut sekiranya ada fakta yang mengatakan makan limau akan membuatkan seseorang berasa kenyang. Memang benar, ini telah dibuktikan dalam 'Journal of The American College of Nutrition' yang menyatakan bahawa pektin iaitu sejenis serat yang terkandung di dalam lapisan putih limau dapat mencegah rasa lapar sehingga 4 jam. Limau yang mengandungi 69 kalori memiliki 4 gm serat iaitu 16 peratus dari keperluan serat sehari. Tidak percaya? Cubalah dulu.

Sunday, October 3, 2010

Serum Vitamin C

Serum vitamin C adalah yang paling banyak dan paling biasa digunakan. Pun begitu, kandungan serum vitamin C adalah berbeza (perbezaannya dianggarkan antara 5% hingga 20%). Untuk mengatasi masalah penuaan, lazimnya pakar kecantikan dan ahli farmasi akan menyarankan penggunaan serum yang rendah kandungan vitamin C. Bagaimanapun, untuk tujuan perubatan kandungan vitamin C yang tinggi boleh digunakan.

Selain mempunyai fungsi anti oksidan, serum vitamin C juga bertindak sebagai perangsang pembentukan kolagen kulit, penyimpan air dan merawat luka. Pemakaiannya juga membantu mengatasi masalah kulit kering agar lembap sentiasa.

Terdapat 2 jenis serum vitamin C iaitu asid L-ascorbic (larut dalam air) dan ascorbil palmitat (larut dalam minyak).

Kelemahan serum vitamin C adalah sifatnya yang mudah berubah mengikut suhu bilik. Biasanya, selepas 2 hingga 3 kali pemakaiannya, kandungannya sudah berubah dan kemungkinan kurang efektif lagi terhadap kulit. Disebabkan itu, serum vitamin C didatangkan dalam botol kecil berwarna perang agar ia tidak mudah teroksida.

Serum Vitamin E

Vitamin E bersifat larut dalam lemak dan banyak dijumpai dalam gandum, bijirin, telur kuning dan hati lembu. Secara amnya, vitamin E bermanfaat dalam melembapkan kulit, menghalang radikal bebas dan bertindak sebagai anti oksidan. Oleh itu, pemakaian serum yang disapukan pada seluruh permukaan kulit wajah, tangan dan leher adalah disarankan setiap hari.

Serum vitamin E juga baik untuk tujuan perawatan rambut. Dalam bentuk serum, kandungan vitamin E tidak hanya melindungi batang rambut, tetapi juga mampu menembusi lapisan dermis kulit. Ia berbeza dengan syampu yang hanya menembusi kulit kepala dan batang rambut

Monday, September 27, 2010

Kenali 5 Jenis Kacang & Khasiatnya

Selain kacang tanah, ada beberapa jenis kacang lagi yang dikatakan baik untuk kesihatan tubuh. Antaranya adalah almond, walnut, pecan, macadamia, pistachio, pine nut, kacang soya dan kacang Brazil, yang rata-rata mengandungi lemak serta kaya kalsium dan zat besi. Selain itu, kekacang ini juga bagus untuk mencegah sembelit, membersihkan dan menguatkan gigi serta gusi.

Almond


Kacang almond memang popular. Bagi penggemar coklat kamu pasti akan menemui potongan almond sebagai penambah kelazatan di dalamya. Namun, tahukah kamu terdapat 2 jenis Almond yang sangat popular, iaitu almond manis dan almond pahit. Almond manis lazimnya digunakan dalam memasak dan memanggang, manakala almond pahit pula digunakan untuk menghasilkan ekstrak almond. Biasanya almond dikenali sebagai makanan untuk otak dan tulang. Lebih dari 65% lemak pada almond merupakan lemak tak jenuh tunggal, yang dapat menurunkan kadar “kolesterol jahat” (low density lipoprotein).

Pecan

Pecan sering ditaburkan di atas ais krim yang biasa disajikan di kafe-kafe. Pecan mengandungi 65-70% lemak sihat. Pecan termasuk dalam kelompok kekacang yang mengandungi lemak tertinggi dan kaya dengan protein. Pecan juga dipercayai mampu memperbaiki system saraf dan sangat berguna dalam memperbaiki sel-sel yang rosak dalam sesetengah kes penyakit jantung. Pecan kaya dengan kandungan vitamin E yang terikat dalam lemak sihat dan merupakan antioksida yang kuat.

Walnut

Orang cina menyebut walnut sebagai longevity fruit. Bukan semata-mata kerana pohonnya yang bertahan sehingga beratus tahun tetapi walnut juga adalah sejenis makanan yang mampu tahan lama. Ada 3 jenis walnut dan yang paling popular ialah “Persian Walnut” yang berwarna lebih gelap. Serta ‘Butter Nut’ yang juga dikenali sebagai ‘White Walnut.’ Walnut mengandungi 60% lemak dan 20 protien. Sebahagian besar kandungan lemaknya adalah lemak sihat. Di dalam walnut juga terkandung magnesium.

Pistachio


Sekembalinya seseorang dari Mekah, mereka sering menghadiahkan buah tangan kepada rakan-rakan dan saudara-mara dengan kacang pistachio. Pistachio memang banyak tumbuh di Timur Tengah dan Asia Barat. Pistachio panggang adalah makanan ringan yang sihat dan lazat. Pistachio kaya dengan zat besi. Makan 50 biji Pistachio bersamaan penyediaan lebih dari 10% keperluan serat dalam badan setiap sehari. Kacang ini juga adalah sumber yang unggul dari asid lemak tidak jenuh tunggal, jenis lemak ini berguna untuk menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL dan meningkatkan kadar kolesterol ‘baik’ HDL.

Macadamia

Kacang macadamia dikenali juga sebagai Queensland Nuts kerana banyak tumbuh di daerah Queensland, Australia. Nama ‘macadamia’ diambil bersempena menghormati jasa Dr.John Macadam, rakyat Australia yang Berjaya menemui kacang ini. Kacang ini kaya dengan kandungan lemak sihat (70%), tetapi rendah protein (8%). Selain itu macadamia juga kaya dengan kalsium, zat besi dan magnesium. Sebagai terapi semula jadi, individu yang gemar menikmati macadamia ternyata boleh membantu mengatasi masalah ketagihan alcohol, memulihkan gangguan hati, mengatasi anemia dan meningkatkan kesihatan secara umum dengan memperbaiki system kekebalan tubuh.

Wednesday, September 22, 2010

Cegah Batuk Kering


Jika ada di antara ahli keluarga anda yang mengalami batuk yang berpanjangan sehingga dua minggu atau lebih, batuk berdarah, demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam, segeralah membawa mereka berjumpa doktor. Kemungkinan mereka dijangkiti batuk kering yang disebabkan jangkitan kuman "tubercle bacilli". Terdapat seramai 100 juta penduduk di seluruh dunia dijangkiti batuk kering di mana 8 juta daripada mereka mempunyai jangkitan yang aktif. Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Justeru itu, ahli keluarga atau orang terdekat pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Thursday, September 16, 2010

Samsung B7732: Flip Phone Bisnes 2 Skrin

Samsung B7732 adalah satu model peringkat tinggi dengan hasil buatan yang halus. Dari segi fungsi, ia adalah model 2 SIMcard 2 standby, membekalkan perkhidmatan internet yang memudahkan; selain itu, kamera 5.0MP membekalkan fungsi penggambaran yang mendahului kebanyakan handphone.

Samsung B7732 bersaiz 103.1 X 54.4 X 19.9mm dengan berat setinggi 180g. Rekaan muka depan dan belakang dengan proses “metal drawing” dan juga saiz yang besar menjadikan B7732 kelihatan megah dan mewah

Wednesday, September 15, 2010

Windows Phone 7: Melancarkan Lebih 60 Permainan Xbox Live

Memandangkan kejayaan dalam permainan video Xbox 360, Microsoft ingin membawa Xbox Live ke dalam platform handphone. Dalam pameran permainan Gamescom 2010 di Jerman baru-baru ini, Microsoft mengumumkan pelbagai fungsi dalam Xbox Live on WP7. Fungsi online seperti sistem paper-doll, komuniti kawan, permarkahan, berita dan sebagainya kini dapat dilakukan pada Windows Phone 7.

Microsoft juga mengumumkan lebih 60 permainan WP7 Xbox Live dalam handphone antaranya termasuk UNO, Crackdown 2: Project Sunburst, The Harvest, Bejewed 2 dan sebagainya. Pengusaha permainan pula termasuk MGS (Studio Microsoft), GameLoft, Konami Bandai, PapCap dan THQ, malah akan terus menambahkan lebih pengusaha permainan lagi.

Tuesday, September 14, 2010

Acer beTouch E120: Menyasarkan Pasaran Pertengahan - Rendah

Acer beTouch E120 berbentuk palang dengan skrin kawalan sentuh QVGA 2.8 inci. Ia dilengkapi prosesor ST Ericsson dengan frekuensi 416MHz.

Acer beTouch E120 menggunakan sistem Android 1.6, terdapat kamera 3.2MP, memori dalaman RAM 256MB dan ROM 512MB. Selain itu, Acer beTouch E120 dilengkapi skrin LCD kapasitif 2.8 inci yang diperbuat bahan TFT dengan resolusi 320 X 240 piksel, proses kawalan sentuh adalah lancar. Spesifikasi lain termasuk: penyokongan Wi-Fi, Bluetooth 2.0 + EDR, 3G WCDMA, GSM 4 frekuensi, G-Sensor dan menyokong kad memori MicroSD sehingga 32GB, terdapat bateri 1500mAh.

Acer beTouch E120 dilengkapi prosesor T Ericsson 416 MHz, radio FM, port earphone 3.5mm serta menyokong accelerometer. Walaupun Acer belum mengumumkan harga dan tarikh pemasaran Acer beTouch E120, spesifikasi dan fungsi E120 menunjukkan ia menyasarkan pasaran pertengahan.

Sunday, September 12, 2010

Buah Buahan Segar Berkhasiat


Buah-buahan segar adalah sumber paling berkhasiat untuk tubuh badan kamu. Kandungan vitamin, mineral dan seratnya membuatkan sistem metabolisme berjalan lebih lancar. Organ tubuh juga akan turut berada dalam keadaan seimbang termasuk kulit. Agar kelihatan sentiasa sihat, kulit perlu dipelihara dengan pengambilan vitamin C dan E dalam jumlah yang mencukupi.Kedua-dua vitamin ini juga adalah antioksidan yang membuatkan kulit kita kelihatan cerah dan lembut. Lantaran itu tidak rugi jika kamu mengamalkan pemakanan buah-buahan segar dengan banyak setiap hari.

Khasiat Buah Organik


Syabas jika kamu telah terbiasa melengkapkan menu makanan harian kamu dengan menikmati buah-buahan. Selain mengandungi nutrisi penting, buah-buahan seperti limau, epal dan pir memiliki banyak serat yang baik untuk kesihatan badan kamu khususnya bagi melancarkan pencernaan. Apa kata sesekali kamu cuba menikmati buah-buahan organik pula. Harga buah organik memang lebih mahal berbanding buah biasa. Namun, kerana bebas bahan kimia dan sebagainya maka buah-buahan organik ini nyata lebih berkhasiat. Beberapa penelitian juga membuktikan bahawa buah organik mengandungi kandungan nutrisi lebih tinggi berbanding buah biasa. Malah rasanya juga lebih segar dan crunchy.

Saturday, September 11, 2010

Apa itu Selulit?

Selulit terjadi ekoran banyaknya timbunan lemak, sisa-sisa pembuangan dan racun di bawah kulit. Timbunan akan menyekat saluran yang berperanan untuk membuang racun tidak dapat bekerja dengan baik. Akibatnya, timbullah pembengkakan pada kulit. Permukaan kulit Nampak bergelombang seperti kulit limau. Bila kulit yang terkena selulit adalah luas ia member kesan negatif pada kulit.

Penyebab utama faktor timbulnya selulit ini adalah hormon yang menyebabkan timbunan cairan dalam jaringan kulit dan menurunkan proses pembakaran lemak. Faktor-faktor lainnya turut dipengaruhi oleh bentuk. Bagi wanita, jaringan di bahagian bawah perut dan pinggul adalah sangat longgar. Lemak mudah masuk ke jaringan ini. Maka tidak hairanlah bila selulit mudah terjadi pada bahagian perut, paha, pinggang, punggung atau lengan atas.

Di pasaran hari ini, terdapat pelbagai jenis produk krim anti selulit. Pemakaiannya adalah dengan cara menyapukan krim tersebut pada bahagian yang bermasalah dengan sapuan secara memutar. Urut perlahan-lahan di tempat yang terdapat selulit itu. Urutan ini dikatakan boleh memperbaiki pembuluh darah yang terhalang dan meningkatkan penyerapan zat yang terdapat dalam krim tersebut.

Namun, krim tersebut hanya menyentuh daerah permukaan kulit sahaja dan bukan lemak yang berada di bawahnya. Lantaran itu, sebaik-baiknya kamu kombinasikan olahraga dan diet untuk memperolehi hasil yang lebih optimum.

Wanita Dan Kulat Alat Sulit

Di kawasan alat sulit wanita memang tumbuh sejumlah kulat. Ketika mendapat rangsangan, kulit tersebut akan berkembang menjadi infeksi. Iklim negara kita yang panas dan lembap juga merupakan salah satu faktor yang mudah untuk mengundang pertumbuhan kulat. Semak fakta tentang wanita dan infeksi kulat ini.

Kedudukan alat sulit wanita yang berada di dalam, membuatkan lorong antara mulut alat sulit dan alat peranakan menjadi lembap. Akibat kurangnya udara, lokasi tersebut menjadi tempat yang paling ideal untuk perkembangan dan pembiakan kulat.

60-80 peratus wanita pernah mengalami infeksi kulat ‘Candida,’ yang dikatakan infeksi kulat paling mudah untuk dijangkiti.

Hubungan seksual yang tidak bersih juga boleh mengakibatkan infeksi kulat, dan bintik kulat tersebut boleh menjangkiti pasangan. Aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh akan mengundang perkembangan kulat.

Gejala tumbuhnya kulat juga boleh dikenal pasti dengan rasa gatal yang disertai gumpalan putih seperti keputihan. Kemudian, tumbuh binti-bintik kemerahan di sekitar kawasan alat sulit wanita.

Friday, September 10, 2010

Khasiat Kari


Kari yang merupakan menu utama dalam masakan India begitu terkenal dengan ramuan dan rempah ratus serta mempunyai rasa ‘tajam’ dan pedas. Bagi penggemarnya, sudah tentu ianya tidak menjadi masalah. Apa sahaja variasi kari yang digunakan, misalnya dalam masakan daging ayam, lembu, ‘seafood’ sehinggalah ke sayur-sayuran. Meski pun masakan ini sering dihindari oleh mereka yang mengalami gangguan di perut, namun ramuan yang ‘tajam’ ini dikatakan berkhasiat untuk kesihatan. Dari hasil kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan Universiti Nottingham, mengatakan bahawa pengambilan makanan ini dapat membantu melawan segala jenis kanser. Kandungan yang terdapat di dalamnya berupaya membunuh sel-sel kanser. Mereka juga mempercayai rasa panas yang terkandung pada masakan tersebut boleh digunakan untuk penyembuhan ‘psoriasis’ yang juga digunakan untuk melawan penyakit kanser kulit. Dengan khasiat baru tersebut, tiada alasan lagi untuk menolak hidangan yang satu ini.

Penyebab Ngilu Semasa Haid

Ngilu haid (dysmenorrhoe) biasanya terasa di perut bahagian bawah dan timbul sebelum, selama atau sesudah haid. Tetapi ngilu yang sering terjadi selama haid dan sifatnya seperti sebu di perut boleh berlangsung sepanjang hari atau terus menerus. Rasa ngilu ini disebabkan adanya tindak balas di rahim (uterus).

Ada banyak penyebabnya. Penyebab primer adalah ngilu di saat hari pertama haid dan tidak ada kelainan dari alat peranakan. Perkara ini boleh juga di sebab oleh faktor hormon, psiko genik, keadaan lain yang turut disebabkan oleh anemia atau keletihan. Selain itu ianya juga mungkin anatomi rahim yang sempit, iaitu leher rahim yang terlalu ke depan atau terlalu ke belakang, sedangkan penyebab sekunder biasanya timbul kerana adanya infeksi pada alat sulit, polip, kanser atau endometriosis.

Tuesday, September 7, 2010

Rahsia Tidur Lena

Ada ramai individu di negara kita yang mengalami kesukaran untuk tidur atau lebih dikenali dengan insomnia. Ada beberapa factor yang mendorong kepada timbulnya permasalah ini. Bagaimanapun apa yang ingin diutarakan di sini ialah apa yang boleh kamu lakukan untuk mendapatkan tidur yang lebih lena.

1)Jangan Makan Malam Terlalu Kenyang
Sebaiknya cuba usahakan makan malam sebelum pukul 7 malam supaya kamu boleh tidur dengan keadaan perut yang tidak terlalu penuh.

2) Kurangkan kegiatan yang memaksa kamu menggunakan otak dan fikiran selepas jam 8.30.

3) Matikan lampu bilik tidur kamu seawal jam 8.30 malam
Jika kamu belum biasa tidur pada waktu ini, anjakkan waktu tidur setengah jam lebih awal setiap minggu sehingga kamu terbiasa tidur pada jam 8.30 malam.

4) Mandi air suam satu jam sebelum tidur
Titiskan minyak aromaterapi seperti lavender, vanila atau cendana ke dalam air tab mandi untuk membuat kamu lebih rileks. Redupkan lampu dan pasangkan lilin. Jika boleh, pasangkan radio atau muzik yang mendamaikan.

5) Minum air suam
Cuba minum susu atau the chamomile sebelum masuk tidur. Cara ini memang berkesan untuk mendapat tidur yang nyenyak.

6) Menulis diari
Sebelum kamu tidur, alihkan kesemua isi fikiran yang bermain di minda kamu yang sedang bergerak aktif itu ke dalam diari ataupun buku nota harian kamu supaya kepalamu tidak terlalu penuh lagi.

7) Baca majalah atau buku
Jangan pilih novel yang terlalu dramatis atau sarat dengan penghayatan kerana ini akan menyukarkan kamu untuk tidur. Pilih buku yang memberikan ispirasi kepada kamu dan apa sahaja bahan bacaan yang ringan serta tidak terlalu padat.

8) Rasakan tubuh kamu
Ketika sudah berbaring di tempat tidur, tutup mata dan rasakan tubuh kamu. Dengan cara itu, kamu membawa perhatian ke tubuh badan kamu. Jika ada ketegangan di bahagian tubuh tertentu, cuba untuk rileks dan regang-regangkan sedikit otot-otot di bahagian tersebut.

9) Perhati dan dengar nafas hingga tidur
Tindakan ini boleh membantu dan mengingatkan kamu masih berbaring di tempat tidur. Diam dan hayatilah setiap helaan nafas. Saat itu aktiviti metabolism berada dalam keadaan perlahan, sama seperti ketika kita tidur nyenyak.

Nutrien Untuk Rambut

Jangan risau, selain perawatan luaran, perlu kamu ketahui ialah pemakanan juga penting untuk rambut. Vitamin dan pelbagai manfaat yang terkandung di dalam makanan mampu membuatkan rambut kamu kembali cantik, berkilau, segar dan bermaya:-

Zat Besi
amat penting untuk membekalkan oksigen yang secukupnya pada rambut. Kekurangan zat besi akan membuatkan rambut dan akar rambut kekurangan oksigen. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah daging merah, sayuran berdaun gelap.

Zink
Amat diperlukan untuk mencegah rambut gugur dan menghasilkan protein untuk rambut. Antara makanan yang kaya zink adalah daging dan makanan laut.

Tembaga
Rambut juga memerlukan tembaga untuk proses pigmentasi rambut, sehinggakan rambut kamu kelihatan lebih cantik dalam warna yang semula jadi. Makanan yang kaya tembaga adalah kerang, hati, sayur-sayuran segar, kacang dan daging.

Vitamin A
Yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak merah membantu memulihkan masalah rambut gugur.

Vitamin B dan Vitamin C
Amat diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah agar rambut kamu menjadi lebih kuat. Vitamin C pula merupakan antioksida yang membantu untuk meremajakan dan merawat sel-sel yang rosak. Antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin C adalah lemon, limau dan strawberi.

Vitamin E
Merupakan antioksida yang berkemampuan untuk menghasilkan kulit yang sihat dan mengaktifkan pertumbuhan rambut. Makanan yang kaya vitamin E adalah minyak kacang dan hati.

Samsung Mengumumkan i9000 Galaxy S Edisi Putih

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa Samsung akan melancarkan i9000 Galaxy S edisi putih, tetapi tiada gambar yang menyokongnya.

Namun baru-baru ini, Samsung Korea mengumumkan edisi putih untuk handphone flagship i9000 Galaxy S. Kerangka belakangnya ditukar dari warna hitam ke warna putih, kelihatan lebih bersih dan cantik. Samsung juga mengumumkan bahawa penjualan i9000 Galaxy S di Korea telah melebihi 800 ribu buah dalam masa 55 hari, penjualan handphone yang paling cepat di Negara tersebut. i9000 Galaxy S edisi putih ini akan turut dijual di kawasan lain

Gambar Desain Nokia N9 Bocor?

Kebelakangan ini, pembuat Nokia di negara China kerap membocorkan gambar desain handphone yang belum diumumkan secara tidak sengaja (Sengaja Kot). Selepas Nokia C7, kini terdapat pula gambar baru untuk model flagship tertinggi dalam siri N-Nokia N9.

Gambar-gambar ini mula wujud di forum luar negara, dan seterusnya diforward ke laman web negara lain. Ia adalah model QWERTY gelongsor sisi dengan skrin kawalan sentuh yang sangat besar. Dari gambar antaramuka, sistemnya bukan Symbian^3, kemungkinan adalah Meego atau Symbian^4 yang akan dilancarkan. Kerangkanya dikatakan diperbuat dari bahan logam penuh, tetapi tiada maklumat tentang spesifikasi lain.

Monday, September 6, 2010

Coklat Vochelle: Cita Rasa Idaman

Coklat sering dikaitkan sebagai pengaruh makanan yang bersifat psikologi. Coklat mengandungi zat yang boleh membuatkan kamu merasa tenang sewaktu kamu menikmatinya . Kombinasi aroma dan rasanya menjadikan coklat makanan yang paling gemar dinikmati oleh semua peringkat usia.

Vochelle, satu dari jenama coklat pilihan terkenal negara pernah melancarkan semula imejnya berserta slogan baru, “Cita Rasa Idaman” yang melambangkan keghairahan dan anspirasi Vochelle untuk menjadi jenama premium yang diidamkan oleh seluruh warga dunia. Penampilan Vochelle nyata lebih gagah, menarik dan kontemporari. Warna-warna menarik dalam corak jingga, biru, merah, hijau dan ungu mewakili kepelbagaian jenis coklatnya. Inginkan coklat yang lazat dan berkualiti tinggi? Nikmatinya Vochelle “Cita Rasa Idaman” ini walau di mana jua kamu berada. Kamu pasti akan lebih menghargai detik-detik sewaktu menikmatinya.

Jangan Makan Sembarangan Jika Memakai Pendakap Gigi

Jika kamu ingin memiliki gigi yang cantik dan bersih. Kamu perlu menitik beratkan soal pemilihan makanan. Malah sekiranya kamu sedang merawat gigi dengan pemakaian pendakap gigi kamu perlu cerewet soal pemilihan makanan. Sebaiknya kamu perlu hindari:-

1) Makanan Keras
Pemakaian pendakap gigi akan menyebabkan kedudukan gigi kamu berubah-ubah dan goyah. Jadi, kamu perlu mengelak dari menikmati makanan yang keras dan sukar untuk digigit. Namun ia bukan bermaksud kamu hanya perlu menikmati bubur sahaja sepanjang pemakaian pendakap gigi itu. Jika kamu ingin menikmati sebiji epal misalnya. Jangan terus menggigit buah epal tersebut, sebaliknya kamu perlu memotong buah tersebut kepada beberapa bahagian bagi memudahkan proses gigitan dan kunyahan kamu nanti. Jangan paksa gigi kamu berkerja keras demi menjaga kesihatannya.

2) Makanan yang meninggalkan kesan
Jika kamu memakai pendakap gigi kekal yang besinya berwarna putih atau lut sinar kamu perlu lebih berhati-hati dalam soal pemilihan makanan. Jangan mengambil makanan yang boleh meninggalkan kesan pada gigi. Bukan sekadar gigi yang boleh bertukar warna, ia juga akan mempengaruhi warna pendakap gigi kamu sendiri. Jadi untuk memiliki gigi serta mulut yang bersih di sepanjang pemakaian pendakap gigi. Kamu perlu cerewet dalam soal pemilihan makanan.

3) Makanan Manis
Jangan mengambil makanan manis seperti caramel sewaktu pemakaian pendakap gigi dari jenis kekal. Makanan manis biasanya bersifat melekit dan sukar untuk dibersihkan lebih-lebih lagi jika sisa-sisa makanan itu terselit di celah-celah pendakap gigi kamu. Sekiranya sisa makanan tidak dibersihkan sepenuhnya, ia boleh menyebabkan masalah gigi berlubang.

Sunday, September 5, 2010

Jika Malas Bersenam Adakan Fitness Party

Ketika kamu malas melakukan rutin senaman, apa yang selalu kamu lakukan? Berhenti bersenam? Jangan sampai begitu. Menggantikan aktiviti senaman atau mencari teman untuk bersenam adalah cara terbaik untuk memotivasikan diri agar terus beraktiviti secar sihat. Jadi apa kata kamu adakan satu jamuan di rumah. Bukan sembarangan jamuan tau. Berikut ada panduan untuk kamu menjayakan jamuan kesihatan ini atau lebih dikenali sebagai Fitness Party:

1) Mainkan DVD latihan dan aerobic beramai-ramai. Jika cuaca berada dalam keadaan baik, lakukannya di luar rumah.

2) Jika inginkan suasana yang lebih seronok, upah jurulatih yoga untuk membimbing kamu dan rakan-rakan.

3) Sediakan minuman ‘Smoothies’ buatan sendiri. Cari resipinya di internet atau mana-mana buku resipi kesihatan yang banyak berada di pasaran.

4) Ajak teman-teman menonton filem yang memperlihatkan keindahan tubuh langsing para selebriti yang kamu idam-idamkan selama ini agar semangat kamu untuk bersenam kembali membara.

Friday, September 3, 2010

Epal - Antiseptik dan Antibiotik


Khasiat cuka 'Apple Ceder' sudah diketahui sejak beratus-ratus tahun dahulu. Ia dirumus daripada pemendapan epal yang sering digunakan sebagai antiseptik dan antibiotik. Bagi masyarakat purba Greek dan Roman, 'Apple Cedar' dijadikan ubat untuk mengurangkan bengkak dan gigitan serangga serta ular. 'Apple Cedar' mengandungi lebih 90 vitamin, misalnya A, B1, B2, B6, C dan E. 'Apple Cedar' juga mengandungi mineral asid amino dan pelbagai bahan yang lain seperti asid laktik, asid propionik, asid asetik, enzim, potash, fosforus, kalsium, sodium, florin, silikon, potassium, magnesium, iron, sulfur dan klorin, beta karotena dan bioflavanoids. Kebelakangan ini, khasiat 'Apple Cedar' semakin hangat diperkatakan sebagai bahan semula jadi untuk menurunkan berat badan. 'Apple Cedar' didakwa mampu membuang sisa toksin di dalam tubuh dan secara tidak langsung lemak-lemak yang terkumpul juga makin mudah untuk dicerna. Inilah permulaannya di mana 'Apple Cedar' dikesan mampu untuk menurunkan berat badan. Bagi kamu yang ingin mencuba,'Apple Cedar' banyak dijual di farmasi dalam bentuk cairan dan kapsul. Selain itu 'Apple Cedar' juga boleh dijadikan penambah perisa di dalam masakan.

Makanan Sihat Dari Rumah

Makanan yang disediakan dari rumah nyata lebih sihat. Dalam 1 kajian yang terkandung dalam Western Jornal of Nursing Research, Wanita yang gemar makan di luar cenderung untuk mengambil jumlah kalori dan minyak yang lebih banyak ke dalam tubuh. Meskipun kamu sedang berdiet, namun kamu tetap memilih untuk makan di luar maka kamu menambah sejumlah 200 hingga 300 tambahan kalori dan 10 hingga 6 gram lemak di dalam badan.

Thursday, September 2, 2010

Olahraga Meningkatkan Risiko Osteoporosis

Jika kamu terlalu banyak berolahraga ia boleh meningkatkan risiko osteoporosis. Olahraga secara keterlaluan boleh menyebabkan lemak di dalam badan berkurangan. Lemak diperlukan oleh badan bagi membantu meningkatkan penghasilan hormon estrogen sekaligus penting untuk pembaharuan tulang. Jadi, pastikan olahraga kamu dilakukan secara berjadual dan seimbang agar kamu tidak mengalami masalah kekurangan hormon estrogen yang boleh mengundang kepada masalah pereputan tulang di kemudian hari.

Teh Penyembuh Stress

Teh sinonim dengan ketenangan. Menurut para pengkaji dari University College London (UCL), dengan menikmati minuman teh secara teratur ia boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan stress. Individu yang menikmati teh hitam sebanyak 4 hingga 6 kali dalam seminggu, akan mengalami penurunan kadar hormon stress. Namun para peneliti tersebut masih belum menemui jawapan secara tepat mengenai jenis zat yang terkandung di dalam teh sehingga boleh menurun kadar hormon stress tersebut.

Tuesday, August 31, 2010

Rutin Pagi Untuk Kesihatan

Mulakan hari kamu dengan segelas air suam bersama sehiris lemon berbanding secawan kopi atau teh. Ini membantu mencuci hati yang pada ketika itu fungsinya sangat aktif. Selain itu, ia merangsang system pencernaan dan menjadikan kamu lebih bertenaga. Lemon juga berfungsi membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin.

Monday, August 30, 2010

Zat Pengaruhi Mood


Vitamin B6, Vitamin C, Asid Folik (Folate) dan Zink adalah zat-zat dalam makanan yang bagus untuk meningkatkan mood. Otak manusia memerlukan serotonin untuk memiliki mood positif, selera makan yang baik dan tidur yang nyenyak. Serotonin adalah kandungan kimia dalam otak atau lebih dikenali sebagai ‘neurotransmeter.’ Zat-zat seperti Vitamin B6, Vitamin C, Asid Folik (Folate) dan Zink boleh membuat serotonin dari protein (tryptophan) yang boleh didapati pada daging, ikan dan kekacang. Jadi, untuk sentiasa memiliki mood yang positif, jangan lupa untuk menyeimbangkan pengambilan kadar zat yang diperlukan oleh tubuh.

Saturday, August 28, 2010

Latihan Kardio Untuk Miliki Perut Ramping Dan Tubuh Langsing

Ingin memiliki perut ramping serta tubuh langsing? Latihan kardio adalah salah satu latihan senaman yang patut kamu lakukan kerana kaedah ini boleh membantu membuang lemak hingga ke seluruh bahagian tubuh termasuklah bahagian perut kamu. Jika kamu masih belum memiliki jadual senaman efektif, kamu boleh cuba jadual berikut:

1)Isnin
Joging selama 30-35 minit. Akhiri aktiviti ini dengan latihan perut.

2)Selasa
Berenang selama 30-40 minit. Dua putaran dengan renang gaya bebas. Satu putaran renang gaya punggung dan satu putaran lagi dengan renang gaya dada.

3)Rabu
Berlari selama 25-35 minit. Joging selama 4 minit dan sprint selama 1 minit. Ulangi kaedah tersebut dan diikuti pula dengan senaman naik/turun tangga selama 5 minit. Akhir aktiviti senaman kamu dengan latihan perut.

4)Khamis
Berehat.

5)Jumaat
Circuit training selama 30 minit: Skipping selama 2 minit, 4 latihan perut yang berbeza-beza. Lari setempat selama 2 minit, push-up untuk 30 saat. Dan ulangi kaedah senaman ini selama 30 minit.

6)Sabtu
Jalan laju selama 40-60 minit

7)Ahad
Berehat

Friday, August 27, 2010

Ketahui Zat Telur


Telur adalah bahan makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh. Boleh dihidangkan sebagai lauk dan turut digunakan sebagai salah satu bahan adunan kuih-muih, mee dan sebagainya. Telur adalah sumber protein yang relatif. Malah telur juga mengandungi choline, zat yang diperlukan oleh tubuh supaya kekal sihat terutamanya untuk perkembangan otak dan daya ingatan individu.

Jus Untuk Daya Ingatan


Biasakan diri kamu untuk menikmati jus sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu, khususnya pada waktu pagi. Kamu boleh menikmati jus sayur-sayuran mahupun jus buah-buahan. Menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Vanderbilt terhadap 1600 orang, dengan membiasakan diri menikmati jus individu dapat mengurangkan 76% masalah tidak mampu mengingati. Pastikan dalam jus kamu itu mengandungi ‘polyphenols’ yang 1005 terdapat pada buah-buahan dansayur-sayuran.