Jika kamu ingin memiliki gigi yang cantik dan bersih. Kamu perlu menitik beratkan soal pemilihan makanan. Malah sekiranya kamu sedang merawat gigi dengan pemakaian pendakap gigi kamu perlu cerewet soal pemilihan makanan. Sebaiknya kamu perlu hindari:-
1) Makanan Keras
Pemakaian pendakap gigi akan menyebabkan kedudukan gigi kamu berubah-ubah dan goyah. Jadi, kamu perlu mengelak dari menikmati makanan yang keras dan sukar untuk digigit. Namun ia bukan bermaksud kamu hanya perlu menikmati bubur sahaja sepanjang pemakaian pendakap gigi itu. Jika kamu ingin menikmati sebiji epal misalnya. Jangan terus menggigit buah epal tersebut, sebaliknya kamu perlu memotong buah tersebut kepada beberapa bahagian bagi memudahkan proses gigitan dan kunyahan kamu nanti. Jangan paksa gigi kamu berkerja keras demi menjaga kesihatannya.
2) Makanan yang meninggalkan kesan
Jika kamu memakai pendakap gigi kekal yang besinya berwarna putih atau lut sinar kamu perlu lebih berhati-hati dalam soal pemilihan makanan. Jangan mengambil makanan yang boleh meninggalkan kesan pada gigi. Bukan sekadar gigi yang boleh bertukar warna, ia juga akan mempengaruhi warna pendakap gigi kamu sendiri. Jadi untuk memiliki gigi serta mulut yang bersih di sepanjang pemakaian pendakap gigi. Kamu perlu cerewet dalam soal pemilihan makanan.
3) Makanan Manis
Jangan mengambil makanan manis seperti caramel sewaktu pemakaian pendakap gigi dari jenis kekal. Makanan manis biasanya bersifat melekit dan sukar untuk dibersihkan lebih-lebih lagi jika sisa-sisa makanan itu terselit di celah-celah pendakap gigi kamu. Sekiranya sisa makanan tidak dibersihkan sepenuhnya, ia boleh menyebabkan masalah gigi berlubang.
No comments:
Post a Comment