blog mediakini adalah blog yang berkongsi tentang kesihatan dan handphone. Walaubagaimanapun, blog mediakini juga berkongsi cerita tentang isu semasa, tips blogging, sukan, gossip, tutorial dan sebagainya.
Friday, September 3, 2010
Epal - Antiseptik dan Antibiotik
Khasiat cuka 'Apple Ceder' sudah diketahui sejak beratus-ratus tahun dahulu. Ia dirumus daripada pemendapan epal yang sering digunakan sebagai antiseptik dan antibiotik. Bagi masyarakat purba Greek dan Roman, 'Apple Cedar' dijadikan ubat untuk mengurangkan bengkak dan gigitan serangga serta ular. 'Apple Cedar' mengandungi lebih 90 vitamin, misalnya A, B1, B2, B6, C dan E. 'Apple Cedar' juga mengandungi mineral asid amino dan pelbagai bahan yang lain seperti asid laktik, asid propionik, asid asetik, enzim, potash, fosforus, kalsium, sodium, florin, silikon, potassium, magnesium, iron, sulfur dan klorin, beta karotena dan bioflavanoids. Kebelakangan ini, khasiat 'Apple Cedar' semakin hangat diperkatakan sebagai bahan semula jadi untuk menurunkan berat badan. 'Apple Cedar' didakwa mampu membuang sisa toksin di dalam tubuh dan secara tidak langsung lemak-lemak yang terkumpul juga makin mudah untuk dicerna. Inilah permulaannya di mana 'Apple Cedar' dikesan mampu untuk menurunkan berat badan. Bagi kamu yang ingin mencuba,'Apple Cedar' banyak dijual di farmasi dalam bentuk cairan dan kapsul. Selain itu 'Apple Cedar' juga boleh dijadikan penambah perisa di dalam masakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment