Friday, September 10, 2010

Khasiat Kari


Kari yang merupakan menu utama dalam masakan India begitu terkenal dengan ramuan dan rempah ratus serta mempunyai rasa ‘tajam’ dan pedas. Bagi penggemarnya, sudah tentu ianya tidak menjadi masalah. Apa sahaja variasi kari yang digunakan, misalnya dalam masakan daging ayam, lembu, ‘seafood’ sehinggalah ke sayur-sayuran. Meski pun masakan ini sering dihindari oleh mereka yang mengalami gangguan di perut, namun ramuan yang ‘tajam’ ini dikatakan berkhasiat untuk kesihatan. Dari hasil kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan Universiti Nottingham, mengatakan bahawa pengambilan makanan ini dapat membantu melawan segala jenis kanser. Kandungan yang terdapat di dalamnya berupaya membunuh sel-sel kanser. Mereka juga mempercayai rasa panas yang terkandung pada masakan tersebut boleh digunakan untuk penyembuhan ‘psoriasis’ yang juga digunakan untuk melawan penyakit kanser kulit. Dengan khasiat baru tersebut, tiada alasan lagi untuk menolak hidangan yang satu ini.

No comments: