Thursday, November 18, 2010

Obesiti: Awasi Berat Badan Anda

Jangan terlalu selesa wahai kaum lelaki!Walaupun kebanyakan obesiti lebih tinggi di kalangan kaum wanita tetapi anda juga perlu mengambil tahu tentang faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya obesiti.

Obesiti?
Ia bermaksud jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang tidak terkawal. Ia menyerang tanpa mengira peringkat usia dan jika anda mengalami masalah obesiti, secara tidak langsung anda berdepan dengan penyakit yang berisiko tinggi seperti serangan jantung, diabetes, strok dan darah tinggi.

Punca Obesiti
1)Pemakanan - Makan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi.
2)Malas Bersenam - Kesibukan berkerja dan malas bersenam juga menjadi salah satu penyebab. Lebih ketara, jika anda berkerja di pejabat dan kurang melakukan aktiviti kecergasan.
3)Faktor Genetik - Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Jika ibu atau bapa anda seorang yang obesiti, tidak mustahil anak atau generasi akan datang mengalami masalah yang sama.
4)Mengambil Ubatan - Mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor juga boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Contohnya, steroid yang berlebihan boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi.

Implikasi
Akibat masalah berat badan yang berlebihan, ia boleh memberi kesan iaitu diabetes, sakit jantung, strok, darah tinggi dan sebagainya. malah, ia juga sering dikaitkan dengan kanser usus, gout, sakit sendi, masalah pernafasan dan masalah batu dalam hempedu.

1 comment:

fizalinolie said...

hai singgah sebagai sahabat nuffnang... Hehe, info yang menarik tentang obesiti. Kalau ada masa singgahlah ke blog saya :)