Friday, July 23, 2010

7 Makanan Cegah Batuk dan Selesema

Jika anda sering diserang batuk dan selesema, selain dari mengambil ubat dan vitamin C, anda juga boleh mengambil makanan berikut untuk membantu mengubati batuk dan selesema anda.

Sup Ayam
Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.

Makanan Pedas
Lada putih/hitam atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.

Bawang Putih
Diakui boleh mengurangkan tanda-tanda selesema dan batuk. Tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahlah seulas dua bawang putih mentah.

Air
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan segar. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

Buah-buahan sitrus
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C keranan merokok meningkatkan serangan selesema dan batuk.

Sumber vitamin C
Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selesema dan batuk.

Halia
Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selesema dan batuk.

No comments: