Selain kulit wajah yang bersih dan mulus, gigi yang cantik, sihat dan tersusun adalah rahsia kejelitaan seseorang wanita. Ia bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan diri, bahkan membuatkan senyuman kamu tambah menarik. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menyedari akan hakikat ini, hingga sanggup mengabaikan kepentingan penjagaan gigi. Ingin mengetahui cara berkesan menjaga gigi dengan betul? Berikut disenaraikan panduan yang boleh anda cuba.
Sekali memberus dan floss sehari sudah mencukupi?
Anda sudah dilatih sejak dari kecil lagi untuk memberus, dan floss gigi setiap pagi, malam dan selepas makan. Namun, tahukah kamu bahawa, hanya dengan sekali memberus gigi juga boleh mengelakkan karang gigi terjadi. Umumnya, bakteria yang menyebabkan karang gigi terjadi memerlukan 24 jam untuk kembali aktif dan membiak.
Gula bukanlah satu-satunya masalah!
Gula yang terkandung di dalam minuman bersoda bukan satu-satunya penyebab masalah gigi. Sebaliknya banyak sumber-sumber lain yang boleh menyebabkan gigi kamu menjadi rosak, antaranya makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Justeru, untuk mengelakkan ianya terjadi, elakkan makan makanan yang bergula, dan amalkan pembersihan mulut setiap kali selepas makan.
Mulut juga perlukan “makeover”?
Ramai yang inginkan senyuman secantik selebriti Hollywood. Ada yang sanggup melakukan pembedahan plastic semata-mata inginkan senyuman yang menawan. Namun, hakikat sebenar yang perlu anda tahu, senyuman yang cantik bukan terletak pada bentuk bibir yang seksi, tetapi pada barisan gigi yang putih, tersusun dan bersih.
Gigi yang putih memerlukan kos yang tinggi?
Anda sanggup mengeluarkan kos yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan gigi yang putih. Hinggakan ada yang mula ketagih untuk melakukan proses bleaching berulang kali. Walau bagaimanapun, tabiat ini sebenarnya boleh mendatangkan masalah pada gigi, antaranya masalah pada gusi dan gigi akan menjadi lebih sensitif.
No comments:
Post a Comment