Saturday, January 8, 2011

Apa Itu Kolesterol

Kolesterol sebenarnya merupakan salah satu komponen lemak. Seperti kita ketahui, lemak merupakan salah satu zat gizi yang sangat diperlukan oleh tubuh kita di samping zat gizi lain seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral.

Lemak merupakan salah satu sumber tenaga yang memberikan kalori paling tinggi. Di samping sebagai salah satu sumber tenaga, sebenarnya lemak atau khususnya kolesterol memang merupakan zat yang sangat diperlukan oleh tubuh kita terutama untuk membentuk dinding sel-sel dalam tubuh manusia dan haiwan. Kolesterol juga boleh didapati beredar dalam peredaran darah manusia. Kolesterol yang terdapat dalam tubuh manusia berasal daripada 2 sumber utama iaitu daripada makanan yang diambil dan pembentukan oleh hati.

Kolesterol yang berasal daripada makanan terutamanya pada daging, ayam, ikan dan produk olahan susu. Organ-organ dalaman seperti hati sangat tinggi kandungan kolesterolnya, sedangkan makanan yang berasal daripada tumbuhan tidak mengandungi kolesterol sama sekali. Setelah makan, kolesterol akan diserap oleh usus kecil untuk masuk ke peredaran darah dan disimpan dalam suatu salutan protein. Salutan protein-kolesterol ini kemudiannya dikenali kilomikron. Hati sendiri mempunyai fungsi berganda iaitu mengambil kolesterol daripada peredaran darah dan menghasilkan kembali kolesterol apabila perlu. Setelah makan, hati akan menyaring kilomikron yang berada dalam peredaran darah, dan di antara waktu makan, hati akan mengeluarkan kembali kolesterol yang diserap tersebut, kembali semula ke peredaran. Di sini, hati memegang peranan dalam menjaga keseimbangan kolesterol yang berada dalam peredaran darah manusia.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL)

Kolesterol dalam tubuh yang berlebihan akan tertimbun di dalam dinding pembuluh darah dan menimbulkan suatu keadaan yang disebut aterosklerosis iaitu penyempitan atau pengerasan pembuluh darah. Keadaan ini boleh membawa kepada serangan penyakit jantung dan strok.

Penyebab Kolesterol:
1) Keturunan
2) Gaya hidup (pola makan yang mengandungi terlalu banyak lemak tepu)
3) Kurang bersenam
4) Berlebihan berat badan

2 comments:

ZAIDAHTUL AKMAL said...

ooo...2 la yg menyebabkan salur darah sempit eh...

Ronaldmohoni said...

ye Zyash..