Monday, May 16, 2011

Hemoglobin C

Penyakit hemoglobin C adalah satu gangguan darah yang disebabkna oleh perwarisan. Ia seperti anemia, yang menyebabkan sel-sel darah merah musah lebih awal berbanding kebiasaannya.
Hemoglobin C adalah satu masalah berkaitan hemoglobin iaitu bahagian sel-sel darah merah yang membawa oksigen. Ia adalah sejenis hemoglobinopati. Penyakit ini disebabkan oleh satu gen yang dipanggil beta globin. Penyakit paling kerap berlaku di Afrika dan Amerika. Jika dalam keluarga ada sejarah menghidap hemoglobin c maka generasi keluarga tersebut berisiko untuk mendapat hemoglobin c.
Kebanyakan orang tidak mempunyai gejala-gejala atau tanda-tanda menghidap hemoglobin c. Sekali sekala, demam kuning mungkin berlaku. Beberapa orang yang menghidap penyakit ini mungkin akan mendapat batu karang yang memerlukan rawatan.
Untuk diagnosis, beberapa ujian boleh dilakukan iaitu Complete blood count, hemoglobin elektroforesis, peripheral smear dan serum hemoglobin.
Rawatan yang digunakan ialah, penambahan asid folik kerana ia mampu menormalkan penghasilan sel darah merah dan memperbaiki gejala anaemia.
Komplikasi yang mungkin akan di hadapi ialah masalah penglihatan, penyakit pundi hempedu dan sakit punggung.

1 comment:

cikNiarun said...

wah..thanks for the info!