Monday, August 2, 2010

Gaya Hidup Sihat

Minum Air Putih Secukupnya
Tubuh tidak akan memberikan isyarat ‘Haus’ sehinggalah kamu benar-benar berasa haus. Tapi, mengapa pula air putih yang perlu dijadikan pilihan. Ini kerana 2/3 daripada tubuh terdiri daripada air dan ini jelas membuktikan air merupakan unsure paling penting bagi tubuh. Umumnya, setiap hari kita akan kehilangan 1.5 liter air melalui kulit, paru-paru dan ginjal (air kencing). Untuk itu, kamu perlu menggantikannya dengan jumlah yang cukup, sehinggalah tubuh terasa segar dari keletihan, sakit kepala, kulit kusam dan bad mood.

Sarapan Pagi Setiap Hari
Alasan yang sering didengar adalah tidak punyai waktu yang cukup untuk bersarapan. Tahukah kamu kalau tidak bersarapan ia akan mempengaruhi mood dan produktiviti. Tak perlu bersarapan yang mewah, tapi cukulah sekadar sarapan yang sihat dan ringan. Misalnya segelas susu atau jus buah-buahan.

Makan Tengah Hari yang Sihat

Kebiasaannya makanan yang tinggi kalori menjadi pilihan utama apabila kamu mula terasa lapar. Untuk mengimbangi atau mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan. Kamu disarankan agar makan potongan buah-buahan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang makanan yang berat. Buah-buahanbukan sahaja kaya serat bahkan boleh membuatkan kamu terasa kenyang dan tidak mahu makan lagi.

Kawal Makan Malam

Biasanya setelah seharian bekerja, kamu akan berasa malas untuk menyediakan menu makan malam. Jalan termudah yang akan kamu ambil adalah makan makanan segera yang pastinya mengandungi lemak dan garam yang tinggi. Cara paling berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah, makan sesuatu sebelum pulang ke rumah. Pastikan makanan yang dimakan tidak mempunyai lemak yang tinggi, sihat dan cuba hindari makanan yang digoreng.

Friday, July 30, 2010

Oatmeal Dan Sereal

Makanan seperti ini sering dijadikan sarapan. selain kandungan karbohidrat dan seratnya yang tinggi, ia juga mengandungi vitamin B kompleks yang amat diperlukan untuk membekalkan tenaga. Untuk kesan yang lebih baik, pilih kandungan kalori yang minima dan serat yang tinggi.

Tuesday, July 27, 2010

Coklat

Bekalan penting bagi pendaki gunung adalah coklat. Selain rasanya yang enak, coklat juga mampu membekalkan tenaga yang berpanjangan. Menurut kajian, coklat boleh membuatkan kamu berasa gembira, bahagia, membantu sistem pencernaan, dan membuatkan kamu sentiasa segar. Walaupun khasiatnya banyak, tetapi jangan ambil terlalu banyak kerana coklat mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. Sebagai pilihan, kamu boleh nikmati dark chocolate, kerana kandungan koko semula jadinya masih tinggi berbanding coklat manis yang lain.

Friday, July 23, 2010

7 Makanan Cegah Batuk dan Selesema

Jika anda sering diserang batuk dan selesema, selain dari mengambil ubat dan vitamin C, anda juga boleh mengambil makanan berikut untuk membantu mengubati batuk dan selesema anda.

Sup Ayam
Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.

Makanan Pedas
Lada putih/hitam atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.

Bawang Putih
Diakui boleh mengurangkan tanda-tanda selesema dan batuk. Tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahlah seulas dua bawang putih mentah.

Air
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan segar. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

Buah-buahan sitrus
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C keranan merokok meningkatkan serangan selesema dan batuk.

Sumber vitamin C
Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selesema dan batuk.

Halia
Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selesema dan batuk.

Wednesday, July 21, 2010

Madu & Diet


Madu, oleh kerana rasanya yang manis serta kandungan gulanya yang tinggi, ramai beranggapan ia tidak baik untuk diet. Silap, ini kerana kandungan gula inilah sebenarnya yang akan menghasilkan kalori untuk menambah kekuatan stamina sehingga kamu mampu menahan diri dari lapar. Malah madu juga boleh membekalkan tenaga kepada mereka yang sering melakukan aktiviti luar.

Dalam satu sudu madu mengandungi lebih kurang 65 kalori. Jika kamu mengamalkan minum dua sudu makan madu setiap pagi, kamu mampu mendapatkan tenaga untuk melakukan aktiviti selama 2-3 jam.

Jika dibandingkan dengan 2 sudu makan gula biasa, kandungan kalori madu 40% lebih rendah. Ini bermakna, walaupun membekalkan banyak tenaga, ia tidak akan menyebabkan berat badan kamu bertambah. Malah untuk menurunkan berat badan, kamu perlu makan 2-3 sudu makan pada waktu pagi dan boleh ditambah 1-2 makan sekitar jam 10 pagi. Dengan cara ini kamu tidak akan berasa lapar pada waktu siang dan tubuh terus bertenaga dan segar.

Monday, July 19, 2010

Kurangkan Pengambilan Garam

Menerusi kajian yang dimuatkan dalam British Medical Journal, mengurangkan pengambilan garam sebanyak 25% - 35% dapat merendahkan risiko penularan penyakit berkaitan kardiovaskular sehingga 25% dan mampu mengurangkan risiko kematian sehingga 20%. Anda dinasihatkan agar menyukat pengambilan garam sehingga tidak melebihi 1500mg dalam sehari. Untuk mengawal pengambilan garam, kamu perlu:
*selalu membaca label khasiat makanan pada pembungkus makanan. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak garam/sodium.
*Jika kamu makan di restoran, cuba elakkan menu yang masin atau menggunakan banyak garam.
*Ketika memasak pula, cuba menambah keenakan makanan dengan penggunaan rempah ratus serta meminimumkan penggunaan garam.
*Jangan meletakkan garam di atas meja makan.

Friday, June 25, 2010

Bila Diet Dianggap Bahaya

Diet yang ketat akan membahayakan kesihatan. Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan cara bersenam secara teratur dan mengamalkan diet yang seimbang iaitu mengambil makanan yang sihat dan bernutrien tinggi. Selain itu, amalan atau tabiat hanya makan satu jenis makanan atau memaksa diri untuk turunkan berat dalam tempoh yang singkat juga boleh membahayakan diri. Risiko yang berkemungkinan akan timbul akibat diet yang seimbang adalah:-
1. Akan mangalami kekurangan nutrient akibat kekurangan menu yang seimbang.
2. Kurang aktiviti fizikal akibat diet akan meningkatkan risiko serangan jantung.
3. Kurangnya variasi makanan akan menimbulkan rasa bosan dan kecewa.
4. Selalunya diet seperti ini hanya akan bertahan dalam tempoh masa yang pendek kerana tubuh akan ‘menolak’ terus pola makan seperti ini.
5. Kemungkinan risiko gangguan kesihatan akan nampak di masa akan datang.