Minum Air Putih Secukupnya
Tubuh tidak akan memberikan isyarat ‘Haus’ sehinggalah kamu benar-benar berasa haus. Tapi, mengapa pula air putih yang perlu dijadikan pilihan. Ini kerana 2/3 daripada tubuh terdiri daripada air dan ini jelas membuktikan air merupakan unsure paling penting bagi tubuh. Umumnya, setiap hari kita akan kehilangan 1.5 liter air melalui kulit, paru-paru dan ginjal (air kencing). Untuk itu, kamu perlu menggantikannya dengan jumlah yang cukup, sehinggalah tubuh terasa segar dari keletihan, sakit kepala, kulit kusam dan bad mood.
Sarapan Pagi Setiap Hari
Alasan yang sering didengar adalah tidak punyai waktu yang cukup untuk bersarapan. Tahukah kamu kalau tidak bersarapan ia akan mempengaruhi mood dan produktiviti. Tak perlu bersarapan yang mewah, tapi cukulah sekadar sarapan yang sihat dan ringan. Misalnya segelas susu atau jus buah-buahan.
Makan Tengah Hari yang Sihat
Kebiasaannya makanan yang tinggi kalori menjadi pilihan utama apabila kamu mula terasa lapar. Untuk mengimbangi atau mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan. Kamu disarankan agar makan potongan buah-buahan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang makanan yang berat. Buah-buahanbukan sahaja kaya serat bahkan boleh membuatkan kamu terasa kenyang dan tidak mahu makan lagi.
Kawal Makan Malam
Biasanya setelah seharian bekerja, kamu akan berasa malas untuk menyediakan menu makan malam. Jalan termudah yang akan kamu ambil adalah makan makanan segera yang pastinya mengandungi lemak dan garam yang tinggi. Cara paling berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah, makan sesuatu sebelum pulang ke rumah. Pastikan makanan yang dimakan tidak mempunyai lemak yang tinggi, sihat dan cuba hindari makanan yang digoreng.
No comments:
Post a Comment