Saturday, August 28, 2010

Latihan Kardio Untuk Miliki Perut Ramping Dan Tubuh Langsing

Ingin memiliki perut ramping serta tubuh langsing? Latihan kardio adalah salah satu latihan senaman yang patut kamu lakukan kerana kaedah ini boleh membantu membuang lemak hingga ke seluruh bahagian tubuh termasuklah bahagian perut kamu. Jika kamu masih belum memiliki jadual senaman efektif, kamu boleh cuba jadual berikut:

1)Isnin
Joging selama 30-35 minit. Akhiri aktiviti ini dengan latihan perut.

2)Selasa
Berenang selama 30-40 minit. Dua putaran dengan renang gaya bebas. Satu putaran renang gaya punggung dan satu putaran lagi dengan renang gaya dada.

3)Rabu
Berlari selama 25-35 minit. Joging selama 4 minit dan sprint selama 1 minit. Ulangi kaedah tersebut dan diikuti pula dengan senaman naik/turun tangga selama 5 minit. Akhir aktiviti senaman kamu dengan latihan perut.

4)Khamis
Berehat.

5)Jumaat
Circuit training selama 30 minit: Skipping selama 2 minit, 4 latihan perut yang berbeza-beza. Lari setempat selama 2 minit, push-up untuk 30 saat. Dan ulangi kaedah senaman ini selama 30 minit.

6)Sabtu
Jalan laju selama 40-60 minit

7)Ahad
Berehat

Friday, August 27, 2010

Ketahui Zat Telur


Telur adalah bahan makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh. Boleh dihidangkan sebagai lauk dan turut digunakan sebagai salah satu bahan adunan kuih-muih, mee dan sebagainya. Telur adalah sumber protein yang relatif. Malah telur juga mengandungi choline, zat yang diperlukan oleh tubuh supaya kekal sihat terutamanya untuk perkembangan otak dan daya ingatan individu.

Jus Untuk Daya Ingatan


Biasakan diri kamu untuk menikmati jus sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu, khususnya pada waktu pagi. Kamu boleh menikmati jus sayur-sayuran mahupun jus buah-buahan. Menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Vanderbilt terhadap 1600 orang, dengan membiasakan diri menikmati jus individu dapat mengurangkan 76% masalah tidak mampu mengingati. Pastikan dalam jus kamu itu mengandungi ‘polyphenols’ yang 1005 terdapat pada buah-buahan dansayur-sayuran.

Thursday, August 26, 2010

Cara Meredahkan PMS

Bagi sesetengah gadis, serangan ‘pra-menstrual sydrom’ (PMS) seperti keletihan, ngilu di perut dan payu dara serta emosi yang tidak stabil memanglah amat menyakitkan. Sungguh pun begitu, jangan bimbang, berdasarkan kajian yang dilakukan di US mendapati PMS boleh diredakan dengan makanan yang banyak mengandungi kalsium.

Perempuan yang mengambil 1,000 miligram kalsium per hari selama 3 bulan, boleh terhindar dari PMS, kerana PMS sebenarnya disebabkan oleh defensif kalsium. Kalsium sebanyak itu boleh diperoleh daripada 4 cawan susu lembu rendah lemak atau 3 cawan susu soya. Kamu juga disarankan mengambil roti gandum dan makanan tinggi serat untuk menghindari rasa ngilu di perut. Selain itu, kurangi juga sodium (Garam) dan kopi.

5 Tips Untuk Langsing Tubuh

Memiliki tubuh yang langsing tentunya menjadi idaman sesiapa sahaja . Lebih-lebih lagi gadis remaja sepertimu. Namun tidak semua mampu memilikinya kerana ada banyak factor yang mempengaruhi pembentukan fizikal seseorang itu. Bagaimanapun kamu masih boleh mencuba tips di bawah untuk memiliki tubuh langsing idaman kamu:

1. Setiap hidangan perlu ada sumber protein, karbohidrat, lemak dan sejumlah serat. Untuk sarapan pagi kamu boleh mengambil sebiji epal bersama yogurt rendah lemak.

2. Jangan kira jumlah kalori yang masuk. Sebaiknya kurangkan saiz makanan yang kamu ambil. Elakkan memotong kemasukan kalori secara drastic kerana ia akan menurunkan kadar metabolism tubuh kamu.

3. Dengar sahaja perkataan diet, kamu pasti membayangkan pelbagai makanan yang lazat harus dielakkan daripada menu diet. Kamu tidak semestinya perlu menghindarinya. Sebaliknya, beri perhatian kepada kuantiti yang sedikit dan terkawal.

4. Pastikan kalori yang masuk itu adalah dari makanan dan bukannya dari minuman. Sebotol minuman soda mengandungi kira-kira 150 kalori. Gantikan dengan pengambilan air kosong secukupnya.

5. Diet kamu akan lebih efektif jika diikuti dengan senaman atau aktiviti riadah. sesuaikan aktiviti-akitiviti tersebut dengan diet. Fokuskan minda bahawa kamu mahu kelihatan bagaimana. Elakkan focus kepada berapa berat yang kamu ingin turunkan. Fikirkan berapa inci yang mahu kamu turunkan dan bukannya jumlah kilogram.

Wednesday, August 25, 2010

4 Cara Menjaga Sel Otak

Manusia mempunyai beberapa sel otak. Semakin bertambahnya usia kamu, semakin berkuranganlah sel-sel ini. Pengurangan ini akan menjadi semakin bertambah jika sel otak jarang digunakan. Untuk mengelakkan terjadinya masalah penurunan sel otak, di bawah ada beberapa tips yangboleh diguna pakai, antaranya:

1. Perbanyakkan aktiviti fizikal misalnya marathon. Aktiviti fizikal boleh meningkatkan jumlah sel otak pada hippocampus iaitu bahagian otak yang mengatur memori dan proses belajar.

2. Makan ikan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu kerana ikan mengandungi Omega 3. Khasiat ini dapat membantu peredaran oksigen ke otak dan memperbaiki membran yang mengelilingi sel otak.

3. Cuba aktiviti yang baru, misalnya mencuba menu terbaru, pewangi baru dan aktiviti rutin harian yang baru. Ini akan membuatkan otak kamu lebih terangsang untuk bekerja.

4. Jauhi makanan ringan yang kaya dengan lemak. Lemak-lemak ini akan mengurangkan aliran darah yang kaya dengan oksigen ke otak.

Tuesday, August 24, 2010

Kesan Jika Tidak Bersenam

2 Minggu tidak bersenam
Kesannya:
Kekuatan otot berkurangan
Ketahanan jantung dan paru-paru sedikit menurun

2 Bulan tidak bersenam
Kesannya:
Otot sukar dilentur sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.
Ketahanan jantung dan paru-paru menurun

2 Tahun Tidak bersenam
Kesannya:
Kekuatan otot serta jantung dan paru-paru berkurangan sebanyak 50%
Kekuatan otot merosot
Terjadi pengumpulan lemak di dalam badan