Wednesday, September 22, 2010

Cegah Batuk Kering


Jika ada di antara ahli keluarga anda yang mengalami batuk yang berpanjangan sehingga dua minggu atau lebih, batuk berdarah, demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam, segeralah membawa mereka berjumpa doktor. Kemungkinan mereka dijangkiti batuk kering yang disebabkan jangkitan kuman "tubercle bacilli". Terdapat seramai 100 juta penduduk di seluruh dunia dijangkiti batuk kering di mana 8 juta daripada mereka mempunyai jangkitan yang aktif. Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Justeru itu, ahli keluarga atau orang terdekat pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

1 comment:

Masa DAH Time said...

bahaya juga batuk kering ni. kena minum air masak 3 liter sehari supaya tak kering.